PETALING JAYA: Sebanyak 88.4% atau 20,698,852 populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan individu yang lengkap satu dos vaksin pula sudah mencecah 94.5% atau 22,117,595 orang.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 44,797,925 dos.
“Mengikut peratusan populasi keseluruhan, sebanyak 73.8% mendapat dos pertama, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino. Manakala 63.8% lengkap dos kedua,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 224,034 dos semalam dengan 122,153 adalah dos pertama manakala 101,881 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.