`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, October 21, 2021

‘Bersatu sudah mati’, Ketua Bahagian Arau letak jawatan, keluar parti

 

Ameir Hassan berkata, perjuangan asal Bersatu sudah hilang kerana kerakusan kuasa dan jawatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Bahagian Bersatu Arau, Ameir Hassan mengesahkan meletakkan semua jawatan yang disandang dalam parti itu termasuk sebagai Timbalan Ketua Badan Perhubungan Perlis dan keluar daripada Bersatu berkuat kuasa 15 Okt.

Ketika dihubungi FMT, beliau berkata, surat peletakan jawatan sudah diserahkan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menerusi Setiausaha Agung Hamzah Zainudin awal pagi tadi.

“Ya, saya sudah serah (surat peletakan jawatan) kepada Presiden melalui Setiausaha Agung awal pagi tadi. Dengan ini, saya juga ingin memaklumkan bahawa saya juga bukan lagi ahli Bersatu,” katanya.

Ameir berkata, beliau melepaskan jawatan itu kerana melihat perjuangan asal Bersatu yang diasaskan pada 2016 sudah hilang identiti dan lari daripada matlamat asal.

“Perjuangan asal Bersatu sudah hilang kerana kerakusan kuasa dan jawatan ketika dipimpin Muhyiddin,” katanya.

Dalam satu surat rasmi menggunakan logo Bersatu Bahagian Arau bertarikh 15 Okt, beliau dengan nombor ahli 089 meletak jawatan berkenaan serta-merta.

“Saya membuat keputusan ini kerana parti Bersatu yang saya asaskan di Perlis sejak September 2016, yang dibina dengan segala kudrat dan pengorbanan sudah hilang identitinya dan telah terbabas jauh daripada perjuangan asal.

“Parti ini sudah menjadi alat perakus kuasa tanpa menghiraukan kedaulatan rakyat yang membawa Bersatu ke ambang kejayaan,” menurut kandungan surat itu.

Beliau berkata, Bersatu sudah mati apabila berlakunya “Langkah Sheraton”

“Perjuangan untuk masa hadapan rakyat sudah tidak lagi wujud. Maruah dan integriti sudah menjadi laungan kosong.

“Suatu ‘fraud’ ke atas rakyat yang telah memberi kepercayaan dan menaruh harapan yang begitu tinggi kepada Bersatu,” katanya dalam surat itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.