`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 16, 2021

Mungkin telah tiba Malaysia tukar sistem pentadbiran? Tidak Perlu. Saya tidak Setuju.

 Yang berikut adalah tulisan menarik yang disiarkan oleh Malaysia Now




MalaysiaNow

Mungkin telah tiba Malaysia tukar sistem pentadbiran?

Nampaknya ada di kalangan ahli politik, rakyat Malaysia ini mudah dilalaikan. Pemimpin-pemimpin ini mungkin menyangka apa sahaja yang mereka lakukan boleh diterima oleh penduduk negara ini.

Lihat sahaja rentetan yang berlaku baru-baru ini dan ulasan dari Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri 2. Terlalu banyak pembaziran wang rakyat yang berlaku di kementerian-kementerian kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan yang dipimpin oleh ahli-ahli politik.

Contohnya, Pembangunan sistem uCustoms bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) sedia ada di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) gagal disiapkan dalam tempoh tujuh tahun dua bulan (86 bulan) setelah lima pelanjutan masa (EOT) diberikan.

Laporan itu turut memaklumkan, Projek uCustoms bermula pada 25 Oktober 2013 pada asalnya dijadualkan siap pada 24 Oktober 2015 untuk menggantikan SMK sedia ada di jabatan itu yang telah diguna pakai sejak tahun 1995.

Ketiadaan syarat keperluan Surat Jaminan Bebas Jenayah (LOGC) untuk mengesahkan tanggungan yang dibawa peserta Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) adalah bebas daripada salah laku jenayah, menimbulkan risiko keselamatan negara.

(OSTB : Mungkin sebab pak lebai mamak India itu sudah ada waran tangkap (arrest warrant) di India. So depa bagi dia masuk Malaysia bersama kambing dan kaldainya tanpa Surat Jaminan Bebs Jenayah LOGC. Semua hendak pancing undi orang Melayu punya pasal.)

Lihat pula tingkahlaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary apabila dia mengakui kenderaannya telah melanggar peraturan jalan raya. Anehnya, kita masih tidak tahu siapa yang memandu kenderaan mewah itu.

Jika ia dipandu oleh Marzuk ia amat mendukacitakan.  Bagaimana seorang penggubal undang-undang di Parlimen boleh berkelakuan seperti ini?

Amat mengecewakan apabila dia meraih simpati dari orang ramai:  “Biarlah hukuman itu di atas dunia, andai dengan sebab itu, ia melepaskan kami dari hukuman di akhirat.  Saya memohon ribuan kemaafan atas isu yang timbul.  Semoga peristiwa ini memberi peluang untuk kami terus menjalankan tugas dengan penuh jujur dan berintegriti demi rakyat Malaysia,” kata Marzuk seperti dilaporkan dalam suratkhabar dalam talian Sinar Harian.

Tuhan tidak pernah berjanji hukuman dunia membebaskan pesalah di akhirat.  Hukuman dunia tidak seadil hukum Tuhan kerana pesalah boleh terlepas atas teknikaliti atau yang kaya membayar peguam atau hakim yang boleh “membantu” supaya dia dibebaskan.

Lagipun sebagai penggubal undang-undang, Marzuk wajib sentiasa bertugas dengan jujur dan berintegriti bukan selepas didapati bersalah.

Sementara itu, wakil rakyat Umno Ketereh Annuar Musa didakwa mengeluarkan surat sokongan kepada suatu syarikat swasta menyokong pembangunan tanah 2.9 ekar di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur ketika beliau menjawat Menteri Wilayah Persekutuan.

Isunya, syarikat tersebut tiada pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar RM100, tuduh ketika membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Dakwanya lagi, seorang pengarah syarikat itu adalah saudara dan jiran Annuar.

Bagaimanapun, Annuar dilaporkan telah mengeluarkan satu surat baru menarik sokongannya ke atas syarikat berkenaan setelah menerima tohmahan dari ahli politik, badan-badan amal dan mereka yang berkepentingan.

Lagi ketara apabila Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengejutkan orang ramai dengan mendakwa ekoran dari pendedahan rahsia Kertas Pandora, sebilangan ahli politik negara menipu rakyat.  Sekian lama ahli politik tersebut melaungkan slogan “demi bangsa, demi negara demi Orang Melayu”. Tetapi mereka ini munafik, tambahnya.

Mereka mahu elak cukai sebenarnya. Mereka hendak kekayaan berlegar pada keluarga mereka sendiri sahaja.  Bukan hendak tolong orang Melayu.  Mereka buka akaun syarikat-syarikat mereka, bukan di Tanah Melayu tetapi di British Virgin Islands.

Mereka tuduh orang lain “tidak patriotik, subversif atau penderhaka”.  Tetapi merekalah yang sebenarnya petualang kerana larikan wang dan modal secara haram ke syurga kewangan hitam tanpa cukai dan penuh rahsia di British Virgin Islands.

Siapa Melayu yang hipokrit ini?  Rupa-rupanya mereka anak-anak bekas perdana menteri dari parti-parti politik Melayu dan Bumiputera yang eksklusif, sama ada Cap Kris (Umno?), Cap Bunga Raya (Bersatu?), Cap Pejuang bangsa, katanya lagi.

“Kasihan bangsaku Melayu, ditipu hidup-hidup.  Aku yang Melayu inipun ditipu sama.  Sekian lama aku ingatkan betullah pemimpin-pemimpin Melayu ini memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak kedudukan istimewa Orang Melayu.  Rupa-rupanya mereka ini ibarat “harapkan pegar; tetapi pegar makan padi,” lapor Malaysia Today, 10 Oktober lalu.

Terbaru juga, bekas ketua menteri Melaka Idris Haron menuduh terdapat beberapa pemimpin Umno di negeri itu memonopoli projek-projek ekonomi dan menipu kerajaan pusat royalti pasir.

Turut menggemparkan apabila Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli, 57, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas, lapor Bernama 14 Oktober 2021.

Ini diikuti oleh dakwaan veteran ahli politik Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Umno kini menjadi sebuah parti politik yang tidak boleh diselamatkan lagi.  “Langkah menyelamatkan sukar kerana Umno masih dikuasai pemimpin-pemimpin berpengaruh dan politik wang yang menyukarkan parti itu berubah buat masa ini,” katanya.

Persoalan ketika ini

Parlimen Malaysia telah hilang halatuju.  Ahli-ahli Parlimen yang wajib membahas and menggubal undang-undang membawa pembangunan dan kemakmuran negara telah gagal menjalankan tugas.  Apa yang dilihat di kaca TV ketika Parlimen bersidang ialah tuduh-menuduh, maki-hamun dengan kata-kata kesat (mangkuk, bodoh) dan keangkuhan untuk menjadi jaguh.

Ahli politik daripada semua golongan perlu ingat, setiap hari perbuatan jijik mereka diperhatikan rakyat ia memperkukuhkan keinginan mereka cara pentadbiran negara ini perlu diubah.  Sebagai penggubal undang-undang (lawmakers) tugas mereka bukan bercakaran, tuduh-menuduh dan caci-mencaci yang dipamerkan dalam TV setiap kali Parlimen bersidang.

Ramai rakyat negara ini percaya Parlimen bukan lagi tempat perbincangan menggubal undang-undang yang boleh membawa kepada perlaksanaan kemajuan semua rakyat yang memerlukan.  Ia telah menjadi medan pertempuran peribadi antara ahli politik yang bertentangan.

Oleh itu, adakah sistem demokrasi berparlimen tidak lagi sesuai bagi Malaysia? Apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilihat lebih berkesan membuat keputusan bagi semua kaum dan membawa kestabilan negara, mungkin kerajaan monarki lebih baik bagi Malaysia.

Khairuddin Othman adalah bekas wartawan.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow


My comments :

Baguslah makin ramai penulis Melayu, pemikir Melayu dan orang Melayu amnya makin sedar bahawa mereka banyak bermasalah. That is the first step and the most important step. 

Makusdnya makin ramai juga orang Melayu sudah tidak 'bodoh sombong'. Ataupun (ikut istilah Prof Syed Husein Alatas dulu) mereka tidak mahu 'jadong' ia itu 'jahat, bodoh dan sombong'.  Apabila kita mula sedar bahawa kesilapan (tanpa niat buruk) atau kesalahan (dengan niat jahat) itu berada pada pihak kita maka ianya akan menjadi lebih mudah untuk mencari penyelesaiannya. When you acknowledge the problem only then you can find the solution.

Kebanyakan atau kesemua masalah ini melibatkan pemimpin Melayu dan ahli politik Melayu. 

Dan oleh kerana kita ikut sistem demokrasi, di mana wakil rakyat, ahli politik dan pemimpin politik di "undi" oleh masyarakat Melayu  maka maksudnya masalah ini melibatkan masyarakat Melayu juga. This is a Malay problem. Ataupun these are Malay problems. 

Kata orang putih, 'the apple does not fall far from the tree'. Maksudnya bagaimana pokok, begitulah buahnya.

Ini tidak bermaksud bahawa kaum lain dalam negara kita - Cina, India dsbnya - tidak bebas masalah, tetapi intensity atau kronik-nya bukan pada tahap yang sama. 

Perbandingan ini perlu dibangkitkan terutama sekali sebab 'politik taik' (meminjam istilah Faisal Tehrani) ahli politik Melayu sering menggunakan kaum lain, agama lain, bahasa lain, bangsa lain, orang Barat (the West), konspirasi Zionis, konspirasi Yahudi dsbnya sebagai 'punching bag' untuk tai-chi-kan penipuan, pencurian, rasuah, kebodohan dan kegagalan mereka sendiri.  Untuk tujuan "Melayu tipu Melayu".

Contoh nombor satu sekarang adalah kes Ahli Bomba yang malang itu.

'Politik taik' sekarang telah mengumumkan bahawa apabila kes itu di siasat semula maka mereka pasti akan membuat tangkapan. 

Aiwa! Aiwa! Sebelum sebarang siasatan baru dimulakan pun, atau sebelum sebarang Inkues baru dimulakan pun, 'politik taik' telah membuat keputusan bahawa penjenayah pasti akan di tangkap.

Bukan saja kenyataan 'politik taik' seperti ini merumitkan tugas Polis (putting pressure on the Police) tetapi ia membangkitkan "expectations" pada pandangan umum bahawa "pembunuh" pasti akan ditangkap.

Tetapi 'politik taik' tidak ambil peduli bahawa seorang bekas IGP telah pun "mencabar" sesiapa pun yang mempunyai sebarang bukti yang baru untuk datang ke depan dengan membawa bukti baru itu sebab (ikut bekas IGP itu) Polis telah siasat kes itu dengan mendalam dan TIDAK MENJUMPAI bukti bahawa telah berlaku pembunuhan.

Begitu juga setakat ini pihak AG (Attorney General) tidak berani membawa kes itu ke Mahkamah sebab memang tidak ada bukti bahawa telah berlaku pembunuhan. 

Dan esok hari apabila 'pembunuh' tidak dapat ditangkap atau tiada bukti baru yang dijumpai maka 'keyakinan' sebahagian orang terhadap sistem perundangan negara akan terjejas. Mereka akan kurang percaya pada sistem pentadbiran negara.

Tetapi 'politik taik' pula tidak ambil peduli kenyataan fakta dan prosedur undang-undang. Mereka tidak peduli undang-undang pun. 'Politik taik' hanya mencari-cari untuk sensasikan isu, mainkan perasaan perkauman, mainkan sentimen agama dsbnya.  Sebab jelas sekali kes malang Ahli Bomba itu melibatkan dua kaum, dua agama dan dua bahasa yang berlainan. 

'Politik taik' tidak mahu melihat kepelbagaian masyarakat Malaysia, sebagai khazanah kosmopolitan yang mesti disambut baik dan diraikan tetapi mereka melihat masyarakat kosmopolitan sebagai peluang untuk mengumpan kebencian kaum dan kipaskan kemarahan agama.   

Dan sehingga sekarang permainan  'politik taik' ini sangat mirip dengan ahli politik Melayu. Seperti saya sebut tadi this is a Malay problem. Dalam negara kita kita tidak melihat kaum lain terlalu terlibat dalam kipaskan isu perkauman, isu agama dsbnya.

Saya tidak pernah dengar orang Hindu (contohnya) dalam negara kita mengadu bahawa orang Buddha menghina agama mereka.  Saya tidak pernah dengar orang agama Sikh dalam negara kita mengadu bahawa orang Kristian menghina mereka. Atau orang Kristian dalam negara kita mengadu bahawa Hindu, Sikh atau Buddha menghina mereka.  Walaupun agama Hindu, Sikh, Kristian dan Buddha sangat berlainan dan sangat-sangat bertentangan tetapi mereka semua boleh hidup aman damai dalam negara kita. Orang Sikh, Hindu, Buddha dan Kristian sanggup kahwin sesama mereka tanpa sebarang rintangan atau halangan dan tanpa perlu menukar agama.  Maksudnya tidak ada tension sangat.   

Tidak perlu bagi kita menukar sistem pentadbiran negara. Cara yang lebih mudah ialah bagi penulis, pemikir dan cerdik-pandai (opinion leaders) dikalangan masyarakat Melayu membincang dan berkongsi pandangan secara lojik dan berasaskan fakta.

Di negara lain sistem demokrasi berparlimen adalah sangat kukuh dan bantu memajukan masyarakat moden dalam masa yang tersingkat.  Buat masa ini sistem demokrasi kita adalah antara cara yang terbaik dan berkesan untuk majukan masyarakat dunia yang telah pun terbukti atau "proven" di banyak negara lain di Asia, Afrika, dan seluruh dunia.

Jika sistem ini tidak berjalan dengan lancar dalam negara kita bukan maksudnya sistem itu rosak atau tidak sesuai.  Kerosakan dan ketidaksesuaiannya terletak kepada ahli politik taik dan politik taik mereka.

Maka cara yang lebih mudah ialah untuk menukar para ahli politik dan sistem politik taik mereka. 

Orang putih kata ahli politik itu serupa baby pampers atau kain lampin bayi.  Kita perlu kerap menukar baby pampers sebab memang pampers itu full of shit. Begitu juga ahli politik. Kita mesti kerap tukar-menukar wakil rakyat, ADUN, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan perdana menteri. Kalau tidak ditukar, mereka akan full of shit.  

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.