`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, October 25, 2021

Nasihat Kepada Orang Melaka : Jangan Lupa Minta Sekurang-kurangnya Motorsikal Dan Wang Tunai RM1,000 Satu Kepala

 


Tuan-tuan di negeri Melaka, salamullahi alaykum, salam sejahtera, salam hormat dan selamat pagi.   Saya pernah duduk di Melaka selama EMPAT tahun ia itu hujung 1973 hingga 1977.  Masa itu saya dibangku sekolah dan kami sekeluarga pernah tinggal di Sungai Lereh, Heeren Street (Jalan Tun Tan Cheng Lock) dan Bandar Hilir. Sungai Lereh sudah menjadi kawasan perumahan ekslusif, Jalan Tun Tan Cheng Lock menjadi sebahagian daripada Kotaraya Melaka yang begitu indah dan Bandar Hilir pula telah lama hilang "ditambak" menjadi Melaka Raya. Pada zaman itu tidak ada apa pun di Air Keroh (contohnya) kecuali zoo Melaka. 

Kemajuan dan pembangunan pesat di negeri Melaka telah bermula pada zaman Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai Ketua Menteri dan kemudian keseluruhan negeri Melaka "meletup" di bawah pimpinan Tun Ali Hj Rustam. Pada tahun 2010 Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam telah mencapai status "negeri maju" (sama taraf dengan negeri Eropah OECD) dan saya telah hadir pada malam pelancaran Melaka Maju 2010 di stadium Melaka.  

Pada malam pelancaran itu Perdana Menteri tidak hadir di Melaka (mungkin sebab jealous Melaka sudah capai status negeri maju setanding Eropah - sepuluh tahun sebelum Wawasan 2020 pula tak jadi). Sebaliknya mereka mengadakan video conferencing dengan Putrajaya di skrin besar stadium itu.  Pada malam itu hubungan 'audio' (suara) daripada pejabat Perdana Menteri tergendala pada awalnya. Boleh melihat muka tetapi suara tidak ada. 

Sambil menunggu pejabat Perdana Menteri mengatasi masalah audio itu, Ali Rustam yang senantiasa cekap dan on-the-dot telah memperli Perdana Menteri  dengan sindiran 'Melaka sudah bersedia Dato Sri".  Saya melihat wajah PM sangat "terasa" malu dengan sindiran Ali Rustam dan pada saat itu juga saya boleh baca peluang Ali Rustam untuk menjadi presiden Umno atau menjadi Perdana Menteri memang  sudah padam. 

Saya pun sangat sedih dengan "kesilapan" Ali Rustam pada malam itu. Bagi saya jika Ali Rustam boleh menjadi Perdana Menteri, kemungkinan besar negara kita boleh mendahului Singapura dalam masa singkat sebab Ali Rustam memang pemimpin luar biasa visi dan kecekapannya. 

Akhirnya Ali Rustam memang kena tikam belakang tetapi oleh 'bakal' Perdana Menteri yang lain.   Walaupun Ali Rustam begitu pintar, cekap dan pemimpin 'superman' tetapi beliau menjadi korban 'politik jealous' dan diganti oleh calon Ketua Menteri Melaka yang tersangat dungu - sampai ke hari ini.  Ketua Menteri yang ganti Ali Rustam begitu dungu sehingga boleh anugerah bukan satu, dua, tiga atau empat tetapi 13 pingat berani perkasa (PGB) kepada askar yang sebenarnya terlibat kontroversi.  Anugerah 13 pingat berani itu kemudian "tak jadi".  Itulah kaliber dungu Ketua Menteri yang ganti Ali Rustam.  Mereka lebih dungu daripada taik kerbau kering yang bertabur merata di Sungai Lereh pada tahun 1970an.

Melaka sudah berkembang pesat dan maju sejak Rahim Thamby Chik dan Ali Rustam memimpin negeri itu. Ramai orang tidak faham bahawa Lim Guan Eng (yang rakan classmate saya - duduk semeja - di Sekolah Tinggi Melaka 1976-1977) mengambil keputusan meninggalkan negeri Melaka dan hijrah ke Pulau Pinang sebab Lim Guan Eng tidak dapat menandingi kecekapan Ali Rustam untuk majukan negeri Melaka. Elok juga lah begitu sebab sekarang dua buah negeri di Semenanjung ia itu Melaka dan Pulau Pinang telah maju dan berkembang dengan begitu pesat sekali.  Bagi saya tak kiralah Ali Rustam atau Lim Guan Eng - selagi ada kemajuan dan pembangunan yang laju, luas dan mendalam (wide and deep) maka kita mesti menyokongnya dengan sepenuh hati. 

Tetapi soalan besarnya apa pula yang orang Melayu di Melaka, terutama sekali pengundi parti cap keris, parti cap kleptokrat, parti cap lebam mata dan parti lebai dungu dapat daripada segala kemajuan yang dicapai di Melaka? Bagaimana pula dengan kaum "peniaga" Melayu?

Sepertimana seorang sahabat saya bergelar 'Dato' sebut tempoh hari, selama 60 tahun ini nasib orang Melayu dan peniaga Melayu masih dari "warong ke warong, dari bumbung ke bumbung".  Jika ada jalan baru yang dibina maka wujudlah peluang niaga baru bagi orang Melayu berniaga di tepi jalan baru itu.

Harta dan kekayaan besar semuanya diambil oleh orang besar, orang politiik, orang kabel besar yang 'control' kuasa dan pengaruh.  

Di Melaka pun hulubalang kecewa yang tidak cukup kenyang baham harta rakyat memutuskan untuk melompat pagar dan terjun ke dalam lombong emas yang lain. Maka jadilah pertandingan Mr Universe di Melaka kali ini.

Bagi penduduk Melaka inilah peluang yang baik bagi anda. Minta-lah 'sumbangan ikhlas' yang munasabah. Apa yang munasabah? Kita melihat mereka-mereka ini boleh berbelanja berjuta Ringgit dan berbilion Ringgit. Mereka sudah begitu kaya.

Memang tidak ada masalah bagi mereka memberi sumbangan ikhlas motorsikal, duit tunai RM1,000 satu kepala dan Apple I-phone 11. Atau lebih daripada itu. Jangan terima apa pun yang kurang daripada itu. Jangan pula terima RM50, satu botol minyak masak atau beras lima kilo. Itu daripada zaman sebelum Saloma menyanyi.  

Mereka sangat terhutang kepada Tuan-Tuan. Hutang mereka adalah hutang yang sangat besar. Sudah tiba masa Tuan-Tuan kutip balik hutang daripada mereka itu. 

Saya cadangkan tuan-tuan berkumpul secara ramai ikut kawasan (mewakili kumpulan surau, masjid, persatuan tempatan, kelab sukan, penduduk kampung, kumpulan jiran (residents group) dsbnya) dan jumpalah wakil-wakil orang besar itu dan mintalah bantuan ikhlas yang lebih munasabah. 

Tuan-tuan membekal oksigen dan memberi nyawa duit berjuta Ringgit dan berbilion Ringgit kepada mereka ini.  Sudah tentu mereka perlu membantu Tuan-Tuan dulu. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.