`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, October 21, 2021

Rancangan Malaysia 12 Sudah 'Terpancut". Perdana Menteri Sudah Menangis. Habis Rancangan Malaysia 11, 10, 9, 8 Semua Jadi Habuk Apa?

 


Jadi RM ke-12 telah diumumkan oleh Perdana Menteri entah nombor berapa. Perdana Menteri pun menangis mengenang masa family dia miskin dulu menjadi penoreh getah. 

Tapi dia tak cerita bahawa sejak dia masuk UMNO dia pun kurang miskin lah. Jadi tak perlu lah dia menangis lagi, kecuali ada krew TV dan video buat rakaman.

Bagaimana pula dengan jiran dan sahabat lamanya yang juga family penoreh getah dulu yang mungkin tidak masuk politik atau tidak masuk UMNO atau tidak begitu geliga dalam parti. Apakah mereka pun sudah successful, apakah mereka pun sudah kaya macam Perdana Menteri kita atau pun mereka masih menangis menoreh getah?  

Tetapi yang lebih relevan ialah apa pula yang telah berlaku dengan Rancangan Malaysia sebelum ini? RM 11, 10, 9 dsbnya.  "Rakyat" Felda (contohnya) makin menambah. Kalau dulu beratus ribu penduduki di kawasan Felda sekarang sudah bertambah menjadi berjuta orang penduduk di kawasan Felda. 

Bukan semua anak Felda masuk UMNO, masuk universiti, masuk sekolah asrama atau menjadi Penjawat Awam atau masuk Polis atau askar.  Atau hijrah ke Kuala Lumpur. Majoriti besarnya masih tinggal dalam kawasan Felda dengan masa depan yang tipis, tak tahu nak ke mana. 

Nak hijrah ke Kuala Lumpur pun sewa satu bilik saja kena bayar beratus Ringgit sebulan.  Kawasan setinggan pun sudah tidak ada dah di Kuala Lumpur. Nak sewa bilik rumah setinggan RM80 sebulan semua sudah tak ada dah. 

Tanah kawasan setinggan yang famous di Kuala Lumpur seperti di Pantai Dalam, Kampung Kerinci, kawasan Ampang dsbnya semua telah "di-jual" kepada taukeh-taukeh pemaju perumahan untuk membuat projek kondominium, kompleks beli belah, padang golf dan begitu. 

Yang "menjual" tanah itu orang politik juga. Contohnya seorang daripada mereka didakwa tuduhan rasuah di Mahkamah. Kaya raya dengan beratus juta Ringgit duit dia sapu. Tiba-tiba kes dia tak jadi apa pula. Di dapati tidak bersalah.  Elok lah tu.   

Jadi sekarang harga rumah di Kuala Lumpur mahal.  Sewa rumah mahal dan sewa bilik pun mahal. Jadi bebudak kampong nak hijrah ke Kuala Lumpur tak mampu sewa bilik pun. Lepas itu peluang kerja pun dah tak ada. Kalau nak jual tomyam, jual burger atau jual nasi lemak di tepi jalan lagi susah sebab beribu bebudak penganggur university graduate pula berebut tempat untuk jual nasi lema di tepi jalan.    

So life is getting more difficult.

Jadi apakah kesan Rancangan Malaysia ke-11 (sebagai contoh sajalah)? Bagaimana pula Rancangan Malaysia ke-10?

Kalau kita singgah di-rumah banglo besar dan kondominium mewah kawasan  jenama "Bukit" di sekitar Kuala Lumpur kita akan jumpa lah orang kaya yang banyak manfaat daripada RM 11, RM 10 dsbnya. Dato-Dato dan Tan Sri yang dapat projek dan kontrak besar-besaran, kenyang makan duit rakyat, telan duit rakyat dengan kotaknya sekali. Mereka jadi Jutawan Duit Rakyat. Inilah kaum-kaum elit. Mereka lah yang banyak sekali dapat untung daripada segala banyak perbelanjaan yang gunakan duit rakyat.

Agak-agaknya mereka ini perlu menangis tak? Kalau menangis pun sebab mereka tidak dapat shopping di Singapura atau di London. Sebab Covid punya pasal.

Takpelah janganlah kita pesimis sangat. Biar kita optimis.

Cara paling mudah yang saya lihat bagi orang Melayu jadi kaya ialah menjadi ahli politik. Terutama sekali jadi ahli politik UMNO atau parti pemerintah. Dan kalau boleh jadi Menteri garenti lah mereka semua akan jadi kaya. Bukan saja mereka sendiri tetapi dengan isteri dan anak-anak sekali. 

Rahsia kejayaan dasar ekonomi Kerajaan untuk bangunkan orang Melayu ialah untuk mewujudkan lagi ramai Menteri serta anak isteri Menteri. Sebab setakat ini tidak ada Menteri atau anak isteri Menteri yang menangis sebab mereka miskin. 

Kesemua mereka hidup senang dan kaya raya. Kalau mereka "menceburi" bisnes tentu bisnes mereka semua boleh successful. Yap Ah Loy boleh kalah, Bill Gates boleh kalah, Jack Ma (Ali Baba) pun boleh kalah.  

Jadi kita perlu wujudkan lagi ramai ahli politik, lagi ramai Menteri, lagi ramai Perdana Menteri, lagi ramai anak dan isteri mereka, so that, mereka akan lahirkan kaum kaya raya di kalangan orang Melayu.

Dengan itu saya ucapkan selamat maju jaya sempena pelancaran Rancangan Malaysia ke-12. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.