`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 6, 2021

SKMM sedang kesan pihak terlibat guna Jata Negara dalam poster amaran siber pandemik

 

SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jata Negara tanpa kebenaran kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat mengesan pihak yang mengeluarkan poster mengenai amaran siber pandemik yang menampilkan Jata Negara.

SKMM dalam kenyataan semalam mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jata Negara tanpa kebenaran kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.

SKMM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang diragui dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya kerana boleh mencetuskan kekeliruan serta panik dalam kalangan orang ramai.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Poster itu yang tular di media sosial semalam memberikan amaran untuk bersedia dengan siber pandemik yang dikatakan ada kaitan dengan gangguan teknikal melibatkan platform sosial Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp selama hampir enam jam sejak semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan Facebook, mereka menjelaskan gangguan teknikal yang berlaku pada perkhidmatan aplikasi berkenaan berpunca daripada perubahan konfigurasi di peringkat penyelarasan trafik rangkaian mereka.

Terdahulu, Pengasas bersama Facebook Mark Zuckerberg memohon maaf kepada semua pengguna di seluruh dunia yang mengalami gangguan itu dan berkata semua aplikasi tersebut ini telah pun kembali pulih secara beransur-ansur. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.