`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 17, 2021

Berita Tak Masuk Akal Daripada KPDNHEPABCDEFG

 Tuan-tuan, mampus lah negara kita. Betul-lah negara ini akan mampus. Kerajaan, kementerian, pegawai kerajaan tak faham apa depa cakap pun. Di sini ada berita tak masuk akal daripada kementerian nama panjang KPDNHEPABCDEFG . .



https://www.msn.com/en-my/news/other/rakyat-mungkin-terpaksa-bayar-kos-lebih-tinggi/ar-AAQMTdT?ocid=msedgntp

SHAH ALAM - Rakyat terpaksa membayar kos lebih tinggi jika Program Penyeragaman Harga Keperluan Asas tidak dilaksanakan kata Pengarah 

Ujar beliau, inisiatif KPDNHEP itu membolehkan rakyat di pedalaman menikmati harga barangan keperluan harian pada harga berpatutan seperti penduduk di bandar.

Katanya, peruntukkan RM2.3b untuk program berkenaan sejak 2009 hingga sekarang.

“untuk bantu rakyat mengatasi kos yang dihadapi .."

OSTB :  I say brader, kau dapat peruntukan RM2.3 BILLION dah. Itu bukan duit plastik. RM2.3 Billion itu duit rakyat. Kau ambil duit aku RM2.3 Billion dari saku kanan lepas itu kau masuk dalam saku kiri lepas itu kau kata kau dah jimat duit ke?  Aiyyo mama!  Ekonomi style apa bro? 

Saya ingat pada 2016 apabila kita buat kajian ‘outcome’ (hasil), kita belanjakan RM200 juta, rupa-rupanya penjimatan penduduk adalah lebih daripada RM230 juta

OSTB : I say kira-kira ini tak betul-lah. Kau belanja duit rakyat RM200 Juta. Lepas tu kau kata rakyat jimat RM230 Juta. Dia jimat RM30 juta sahaja. RM230 juta tolak RM200 juta = RM30 juta sahaja. 

Tetapi yang kau belanja RM200 juta itu pun duit rakyat juga. Bukan duit plastik. Duit itu bukan jatuh dari langit. Duit aku juga lah.

Ini tak lain tak bukan bayar sabsidi saja. Bukan harga barang turun pun. Harga ikan kembong tak turun pun. Sekarang sudah RM18-RM22 sekilo. Tapi itu tahun 2016. Sekarang sudah penghujung 2021 dah. Data kau sudah lapuk lah brader.   

Macam mana kau tahu kami pengguna sudah jimat RM230 Juta ke atau kami jimat seringgit pun?  Yang saya tahu harga barang tak menurun pun. Yang saya tahu harga barang naik, naik, naik. Cuma minyak yang selalu turun naik - ikut harga minyak dunia.  

lebih daripada seribu pegawai akan meninjau harga barangan 

  • “Mereka akan mengambil data-data harian dan bulanan.
  • kita ambil data daripada peruncit-peruncit 
  • “Mereka akan bagi data-data tersebut

akan salurkan maklumat kepada penguat kuasa sekiranya terdapat harga tinggi

notis akan dikeluarkan sama ada kenaikan harga itu benar atau tidak,” jelasnya.

OSTB :  Lebih 1,000 pegawai akan pantau harga barang?? Buat kerja kosong bro. Nak bayar gaji 1,000 pegawai pun belanja berjuta Ringgit.  Katakanlah gaji setiap pegawai itu average RM2,000 sebulan. Maksudnya gaji sebulan untuk 1,000 pegawai adalah RM2,000 x 1,000 = RM 2 million (bukan Billion - silap saya)!! Nauzubillah. Satu tahun pula RM24 MIILLION !! Banyak juga itu.  

Untuk buat kerja kosong. Depa ambil data-data harian dan bulanan untuk apa? Harga barang tak turun pun.

Peruncit itu sudah hidup susah. Tak kira peruncit bangsa Melayu, Cina, India atau siapa pun. Lepas itu kau nak menyusahkan peruncit lagi pasal apa? Kalau dia tak simpan data atau peruncit tak bagi data kau nak buat apa? Denda dia orang ke? Tutup kedai dia ke? 

Dulu saya pun terima borang daripada Kementerian entah apa suruh saya isi borang pasal barang yang saya jual, penjualan saya dan entah apa lagi. Lepas itu ada juga pegawai dia telefon minta maklumat daripada saya. Macam lah saya tak ada kerja lain untuk layan dia. Menyusahkan orang saja lah.

Semua orang susah lah brader. Peruncit, pemborong semua nyawa-nyawa ikan dah. Jangan pula kau hantar 1,000 pegawai penguatkuasa makan gaji buta datang kacau lagi.  

Masalah yang sangat besar dalam negara kita ialah pihak kerajaan terlalu masuk campur dalam urusan ekonomi.  Dan yang suka sibuk-menyibuk buat kacau ini adalah penjawat awam atau Civil Servant makan gaji tetap (daripada duit rakyat) yang tak faham apa pun berkenaan ekonomi dan bisnes.  Inilah masalah besar dalam negara kita.

Percayalah - kerajaan JANGAN masuk campur dalam urusan ekonomi. Terutama sekali dalam percubaan kawal harga. 

Sesudah berpuluh tahun baru Kerajaan sedar harga minyak tak boleh kekal (menerusi kawalan harga). Sekarang harga minyak lebih menepati harga pasaran. Juga sabsidi minyak sudah tidak ada atau sangat berkurangan. 

Kerajaan juga telah sedar bahawa kerajaan tidak mampu bayar sabsidi untuk semua produk dan barang sampai hari kiamat. Kerajaan akan bankrap. Maka banyak sabsidi telah dikurangkan.

Tuan-Tuan orang Melayu, bila saya ulang dan berulang berkali-kali bahawa orang Melayu kena bangkit, inilah maksud saya. Orang Melayu kena faham bahawa apabila Kerajaan buat peruntukan duit rakyat RM2.3 billion atau belanja duit rakyat RM200 juta untuk tujuan "kawalan harga" - itu adalah duit kita. Dia belanja duit lepas itu dia kata ada penjimatan pula. Itu bukan penjimatan.  Itu sabsidi. Kena bayar duit juga - duit kita.

Saya ada cadangan yang jauh lebih mudah dan tidak perlukan perbelanjaan SATU SEN pun daripada duit rakyat. 

Jangan halang pergerakan pasaran. Jangan letak halangan dalam perjalanan ekonomi negara. 

Batalkan semua monopoli - batalkan monopoli kartel daging, batalkan monopoli impot beras, batalkan sekatan mengangkut beras dari satu negeri ke negeri lain, batalkan monopoli lesen nelayan ikut agama, bangsa, bahasa dsbnya, batalkan keperluan lesen untuk tanam pokok gaharu (gila b--i punya idea).

Biarkan ekonomi negara berjalan sendiri tanpa gangguan Penjawat Awam yang tak faham apa pun pasal bisnes atau ekonomi. Biarkan ekonomi negara berjalan lancar tanpa gangguan ahli politik yang ingin memperkayakan kocek sendiri. Kartel daging jadi apa?  Tak jadi apa pun.  (Di Bangsar harga daging kambing (local mutton) sudah RM68 sekilo!!)

Sila ambil maklum apa yang sebenarnya berlaku dalam ekonomi negara kita.   

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.