`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 27, 2021

Kes Orang Tak Boleh Bayar Sewa Meningkat, 10,800 Kes Bankrap 2022

 

  • KL Nov 24 — Many 30 - 45 yrs bankrupt next year when aid packages end
  • according to Malaysian Association of Borrowers and Consumers Solution (4PM)
  • when loans, bank moratoriums, EPF withdrawals, i-Sinar end next month
  • 10,800 bankruptcy nationwide next year
  • majority EPF members risk of old-age poverty, insufficient retirement savings
  • 48% EPF members below 55 critically low EPF savings
  • 28% increase in members reaching critically low EPF savings 

My comments: 

Tuan-Tuan dengar baik-baik ok. Baru ini ada kes seorang tuan rumah terpaksa buat Laporan Polis apabila family yang menyewa rumah dia tidak mampu bayar sewa.  Mereka tidak boleh bayar sewa atas sebab hilang punca pendapatan. Senang cakap - hilang kerja, bisnes tutup dsbnya lah. Yang menjadi masalah ialah family itu tidak mampu pindah rumah.  Mereka adalah keluarga Melayu. Mereka tidak bayar sewa dan tidak mahu keluar dari rumah sewa itu.  Tuan rumah pula kena bayar juga bayaran bulanan housing loan kepada pihak bank. Akhir sekali tuan rumah terpaksa buat Laporan Polis dan ambil tindakan untuk suruh family itu keluar.  Balai Polis pula memberitahu bahawa sekarang ini sudah menjadi banyak kes yang serupa, ia itu orang tak bayar sewa sebab hilang kerja, bisnes tutup, dsbnya. Tetapi mereka tidak mahu keluar dari rumah sewa sebab mereka tidak mempunyai tempat lain untuk berpindah. 

Sekarang persatuan 4PM pula buat ramalan akan berlaku sekurangnya 10,800 kes bankrap pada tahun 2022. Ramalan ini berasaskan 30 panggilan telefon setiap hari yang minta bantuan menghadapi bankrap. Tetapi berita ini daripada satu persatuan saja. Tentu sekali mesti ada ramai lagi orang yang menghadapi masalah bankrap. Percayalah majoriti besar yang bakal bankrap ini orang Melayu juga.

Tuan-Tuan yang miskin dulu orang Melayu. Yang susah dulu orang Melayu juga. Sebab orang Melayu yang majoriti penduduk di banyak tempat. Dan ekonomi orang Melayu sangat bergantung kepada belanjawan Kerajaan, ekonomi bumiputera dsbnya. 

Contohnya peruntukan RM11 Billion bagi orang bumiputera dalam Bajet 2022 yang baru ini. Tanpa peruntukan Bajet Belanjawan Kerajaan ekonomi orang Melayu amat terjejas.

Apa maskudnya Tuan-Tuan? Maksudnya sejak 64 tahun Merdeka kerajaan pimpinan orang Melayu dan pentadbiran sistem ekonomi berpandukan  bangsa, agama dsbnya sudah gagal sama sekali. Dan akan tetap gagal. 

Malang sekali sudah muncul juga kaum elit yang boleh jadi sangat kaya dengan mengambil bahagian yang lebih dengan menggunakan cara yang tidak adil dan juga dengan cara menipu yang akibatnya ialah mengganggu perjalanan sistem ekonomi negara yang baik.  Apabila sistem ekonomi negara terganggu maka pasti akan ada mangsanya iaitu kaum tertentu akan menghadapi masalah yang besar. Inilah sedang berlaku dalam negara kita sekarang. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.