`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 7, 2021

Kepada Pengundi Negeri Melaka : Sarkis Sudah Tiba. Pecahkan Undi Anda. Jangan Bagi Siapa Pun Menang Besar

 Tuan-Tuan dan Puan-Puan pengundi Melaka.  Sarkis telah sampai ke negeri anda. Dalam sarkis ada badut, monyet, kuda liar, kepala balut dan pelbagai penghiburan. 




Dalam sarkis terbaru ini TIGA kelompok besar akan cuba menarik undi Tuan-Tuan. 

1. Perikatan Nasional atau PN yang disertai oleh parti Bersatu (bertanding 15 kerusi)  PAS (bertanding 8 kerusi) dan Gerakan (bertanding 5 kerusi). 

2. Pakatan Harapan atau PH yang disertai oleh  DAP (8 kerusi),  PKR  (11 kerusi) dan  Amanah (9 kerusi). 

3. Barisan Nasional atau BN disertai oleh UMNO (20 kerusi)   MIC (1 kerusi) dan  MCA (7 kerusi). 

Yang pelik sekali ialah di Putrajaya dan Parlimen pula KETIGA geng ini sudah pun bersubahat dan bekerjasama.

Kononnya ada tida pasukan bola yang akan lawan di Melaka. Tetapi ketiga pasukan bola itu sudah ada perundingan sesama sendiri. 

Sebab di Parlimen contohnya DAP, PKR, Amanah (ia itu Pakatan Harapan) sudah "meterai" perjanjian MoU dengan UMNO/BN. Contohnya Belanjawan 2022 yang terkini itu adalah karya DAP sekali. DAP dan PH akan sokong meluluskan bulat-bulat UMNO/BN punya Belanjawan 2022.  Tuan-Tuan depa sama depa sudah kau tim.

Begitu juga PAS pula duduk satu meja dengan UMNO, MCA dan MIC di dalam Parlimen dan dalam Kabinet.  Tetapi di PRN Melaka pula, PAS "pura-pura" lawan UMNO dan BN. Ini wayang style apa ini? Wayang kulit ka, wayang Cina ka, wayang Tamil ka? Wayang apa?

Jadi tak kiralah Tuan-Tuan undi siapa pun, mereka sudah perbodohkan Tuan-Tuan pengundi Melaka.  Sebab tidak ada beza kalau Tuan-Tuan mengundi siapa pun. Depa semua sudah kau tim sesama sendiri. 

Jadi saya cadangkan begini Tuan-Tuan. PECAHKAN UNDI ANDA.

Jika satu keluarga ada dua undi (suami dan isteri) biarlah seorang itu undi PN dan seorang lagi undi PH. 

Jika satu keluarga itu ada empat undi bahagikan empat undi itu antara PN, PH dan BN. Undi nombor empat itu bagi calon Bebas. PECAHKAN UNDI ANDA.

Sebab apa Tuan-Tuan? Sebab tidak ada beza kepada nasib Tuan-Tuan tak kira parti mana pun yang menang pilihanraya Melaka.  Tak kira PN, PH atau BN depa sama depa sudah kautim.  

Kalau ada Calon Bebas jangan lupa undi Calon Bebas sekali. Saya diberi faham akan ada Calon Bebas bagi kesemua 28 kerusi DUN di Melaka. 

Ianya akan lebih berguna kepada pengundi Melaka (dan juga pengundi seluruh Malaysia) jika kali ini kita mengundi Calon Bebas. Kalau ada pilihan jangan mengundi parti politik badut dan kepala balut.

Jangan takut Tuan-Tuan. Ekonomi negara sudah pun hancur. Negara pun makin tak tentu hala. Politik negara sudah caca-marba dan jawatan perdana menteri terhuyung hayang. Dalam TIGA tahun saja perdana menteri sudah bertukar EMPAT KALI. Kita tidak boleh harap kepada parti politik dan pemimpin mereka.

Kita rakyat Malaysia masih hidup. Tetapi hidup makin susah, makin tension. 

Jadi tak beza-lah bagi kita siapa pun jadi perdana menteri atau ketua menteri atau wakil rakyat. Kita kena kencing juga.

Jadi jangan lupa Tuan-Tuan dan Puan-Puan pengundi Melaka.


The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.