Yang berikut adalah berita Februari 14, 2019 tetapi masih relevan sebab kemungkinan besar post-Covid, contribution bumiputera sudah menurun lagi ke-bawah 10%.
OSTB : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula telah kata "Status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran bagi tahun 2019 seperti berikut iaitu pegangan Bumiputera hanya mencapai 17.2 peratus.."
Jadi walaupun beratus Billion Ringgit duit rakyat habis dibelanjakan untuk majukan ekonomi bumiputera sejak 51 tahun sudah sumbangan usahawan bumiputera tak sampai 10% pun daripada GDP negara.
Dan pegangan saham koporat bumiputera 17% itu termasuk pegangan "perbadanan" bumiputera seperti PNB/ASB, badan berkanun dsbnya. Kalau kita tolak pegangan saham PNB dan badan berkanun maka pegangan saham koporat bumiputera akan jauh lebih sikit daripada 17% tadi.
Maksudnya jelas bahawa semua kerajaan pimpinan ahli politik UMNO/BN dan yang sebulu dengannya seperti Bersatu, Pejuang, PAS, PH, PN, MN semuanya tidak tahu menahu bagaimana cara yang betul untuk majukan ekonomi Melayu dan bumiputera.
Kilang "kereta nasional" telah dilelong dengan harga besi karat kepada syarikat China. Kilang Perwaja di Gurun, Kedah memang jadi besi karat dan tapak kilang daripada jadi "padang jarak padang tekukur" sekarang menjadi tapak kilang haram.
If after 51 years this is all you can achieve maksudnya pemimpin politik Melayu tak tahu apa pun berkenaan ekonomi dan cara memajukan orang Melayu dan bumiputera.
Tetapi perbincangan kita hari ini bukan pasal kegagalan pimpinan politik Melayu. Perbincangan hari ini adalah berkenaan kutipan hasil atau pungutan cukai oleh kerajaan dan siapakah yang membayar cukai dalam negara kita?
To understand that, yang berikut ini adalah sedikit pandangan oleh sahabat saya Farouk Aziz yang menetap di London, United Kingdom. (Blog Farouk Ada Wujud). Sila baca dulu:
Bumiputera, Belanjawan dan Berat Sebelah
Siapa yang tak suka makan free? Saya akan mengaku, kalau saya dijemput makan free (ke jamuan kenduri, contohnya) saya akan terus isytihar ‘cheat day’ dalam diet dan mentekedarah! Tapi bila orang jemput makan free, kita memang diizin untuk makan. Bagaimana pula kalau kita masuk ke dalam rumah orang yang kita tidak kenali dan tanpa sebarang jemputan dan kita duduk makan sekali (kalau tak ada polis la). Lepas tu, kita makan 'free' sampai diaorang pula tak dapat makan. Boleh ke macam itu? Memang tak boleh.
Tapi negara kita Malaysia bukan rumah orang lain. Dan juga bukan rumah golongan MIM (Melayu Islam Malaysia) sahaja. Kita semua telah sama-sama membina rumah ini sejak daripada sebelum Merdeka lagi. Masalahnya, bila rumah ini berjaya mencari rezeki, kita mahukan share "percuma" atau "free share" dan yang terbesar juga, dengan tidak pedulikan orang lain. Adilkah begitu?
Saya terbaca dalam blog Syed Akbar Ali tentang komen Zaid Ibrahim mengenai share golongan bumiputera dalam bajet tahun ini. RM11.4 billion untuk kita dan RM1.3 billion untuk kakitangan kerajaan yang memang majoritinya bumiputera jugak.
Adakah ini adil terhadap rakyat Malaysia yang bukan bumiputera?
Fikirkan berita berikut di mana seorang menteri kerajaan mengaku bahawa sumbangan bumiputera (sumbangan ya, bukan share!) kepada GDP negara masih terlalu rendah, iaitu kurang 10 peratus! 10 peratus berbanding 70 peratus bilangan penduduk kita dalam demografik bilangan Rakyat! Seperti timbang di bawah:
Dah tu, berapa pulak dana yang bocor? Dalam bajet yang besar, memang senang kita ‘skim off the top’. Laptop RM 1000 boleh jadi RM 15,000! Dont play play!
Bagi bumiputera beragama Islam (majority bumiputera adalah Melayu Islam), maka kita patut berpegang kepada Al-Quran sebagai sumber pertama bagi etika hidup. Apa kata Al-Quran?
- Kecelakaan besar bagi ‘AL-MUTHAFFIFEEN’
- Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
- Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
- Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan ?
- Pada hari yang amat besar
(Surah Al Muthaffifeen 83: 1-5 dari http://www.surah.my)
Jarang kita boleh menjumpai ayat Quran yang menekankan sesuatu konsep yang unik seperti ‘muthaffifeen’ - yang datangnya daripada perkataan ‘tathfeef’. Muthaffifeen muncul sekali dalam Al Quran dan diberi penerangan yang terperinci.
Dah tu, ia dikaitkan secara ‘direct link’ dengan hari kiamat pulak di mana akan berlaku perhitungan (sila baca ke akhir surah). Sila faham implikasinya. Apa-apa pun yang kita ambil yang lebih daripada share kita akan mendapat balasannya dari Allah swt. Patut menakutkan!
Kenapa kita diingatkan dengan prinsip ini? Kerana ini prinsip yang penting dalam hidup. There are no free lunches. Takdak makan free.
Jika kita makan free tetapi orang lain dibebani bayar kosnya maka situasi itu dicelakai Allah swt.
Bila orang kata ‘celaka’, kita terguris di hati tapi bila Pemelihara sekalian alam (rabbul alameen) kata celaka, kita nak kata apa pula?
Tanyalah agamawan anda, “Ustaz, kalau tak mahu langgar prinsip ini, bolehkah kita AGIHKAN kekayaan negara mengikut pecahan kaum?” Tanyalah Ustaz!
- Saya minta golongan MIM, sokonglah parti yang memperjuangkan semua golongan Rakyat.
- Kita tidak boleh fokus kepada satu kaum sahaja kerana hukum alam yang ditentukan Allah swt akan melantun balik dan membuat kita sendiri terpincang.
- Semua masalah korupsi, nepotisme, kronisme dan sebagainya datang daripada kesalahan besar ini.
Tan Sri P Ramlee, yang begitu arif dengan perangai manusia, mungkin kenal penyakit ini. Dalam filem Nujum Pa’ Belalang, Badan dan Nyawa (dilakonkan oleh S Shamsuddin dan Aziz Satar) dilihat cuba membahagikan harta secara adil tapi tak boleh kerana tamak haloba. Apakah nasib mereka?
Ok terima kasih sdra Farouk. Soalan saya begini, kalaulah usahawan bumiputera (Melayu serta bukan Melayu) punya sumbangan adalah kurang daripada 10% kepada GDP ekonomi negara maksudnya sumbangan bayaran cukai oleh kaum bumiputera pun kurang lebih sekitar 10% sahaja ke ??
Maksudnya bukan sahaja 90% daripada sumbangan kepada GDP negara itu daripada kaum bukan bumiputera tetapi secara lojik 90% sumbangan bayaran cukai kepada kerajaan pun adalah daripada bukan bumiputera!!
Saya pernah sebut dulu ia itu LHDN perlu maklumkan kepada umum pecahan sumbangan bayaran cukai dalam negara kita (personal income tax, corporate tax, sales tax, cukai kereta, duti impot kereta, levy impot kereta dsbnya) ikut kaum.
Untuk kita faham siapa yang tanggung beban dan siapa pula yang ditanggung bebannya. Barulah kita boleh ambil langkah yang tepat dan perlu untuk perbaiki keadaan.
Dengar baik-baik ya sebab ini bukan usaha menuding jari atau untuk tuduh menuduh. This is NOT an attempt to find fault. But without accurate information we cannot make accurate policy decisions to rectify the situation. We will keep building Perwaja's and kereta nasionals but using taxpayer's money. Duit bapak kita akan burn.
Tuan-Tuan, yang berikut ini adalah "Teh Tarik Economic Model" saya bagi tahun 2022
Saiz ekonomi Malaysia (GDP kita) adalah sekitar RM1,400 Billion. Itulah bahagian "badan" atau "isi" satu gelas teh tarik di bawah ini.
Di ganti oleh Perikatan Nasional (Bersatu / UMNO) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekali lagi tiada perubahan dalam dasar-dasar lapuk dan karat yang memiskinkan semua orang, terutama sekali orang Melayu. Selepas 16 bulan jadi PM, pada 15hb Ogos 2021 Muhyiddin pula kena tendang keluar.
Diganti oleh Ismail Sabri. Sekarang Ismail Sabri bukan saja tidak mengubah dasar-dasar dungu yang lama dan lapuk tetapi ditambah pula dasar kuda liar 'Cukai Makmur' yang merugikan ekonomi negara sekali lagi. Investor semua takut, Bursa Saham rugi RM34 Billion dalam sekelip mata. Tahniah brader. You dont know what you are doing.
Jadi ekonomi negara tidak membangun. Kutipan hasil Kerajaan tidak cukup. Ekonomi bumiputera (yang sangat bergantung kepada kutipan cukai Kerajaan) pun tidak boleh maju.
Kerajaan wujudkan PTPTN. Beratus ribu students ambil pinjaman PTPTN, termasuk anak saya (sudah lama bayar habis). Tapi sekarang berpuluh ribu students (majoriti besarnya Melayu) berhutang berpuluh ribu Ringgit setiap seorang. Kerajaan tanggung rugi. Student pula kena tahan passport, tak boleh pinjam car loan sebab nama kena blacklist dsbnya. Depa marah. Ibu bapa mereka marah sekali. So they will not vote for BN / PH / PN / Dr M / Muhyiddin / Sabri atau siapa pun.
Ekonomi tak jalan. Peluang pekerjaan sangat kurang. Habis macam mana students nak bayar balik pinjaman PTPTN?
Jadi Tuan-Tuan solutionnya senang. Jangan hilang focus kepada bahagian 90% GDP itu yang mampu menjana 90% ekonomi dan kekayaan negara. Juga 90% kutipan hasil bagi Kerajaan.
- Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
- Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Surah Al Muthaffifeen
Pilihlah cara yang mudah.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.