`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 7, 2021

Polis, gadis remaja ditahan dalam parti liar

 

Saringan awal mendapati kesemua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail.

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Koperal, antara 14 individu ditahan dalam serbuan terhadap parti liar di sebuah apartmen dekat Jalan Batu Kawa, Kuching.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail berkata turut ditahan dalam serbuan itu seorang penolong pegawai kesihatan dan pelajar perempuan tingkatan empat.

Katanya, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan orang lelaki dan lima orang wanita. Pasukan operasi turut merampas 14.57g ketamin, 14 biji pil ekstasi dan lima biji pil eramin dalam serbuan itu.

“Saringan awal kencing dapati kesemua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine. Mereka kini ditahan reman di lokap Siburan dan lokap Beratok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sehingga esok,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Aidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.