`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 5, 2021

Wahai Orang Melaka Jangan Jadi Pengemis Rela Se-Bungkus Nasi Atau RM50 Sahaja. Minta 'Bantuan Ikhlas" Sekurang-kurangnya RM1,000 Lah!

 



LATEST NEWS : POLIS sahkan kes duit RM50 dan nasi bungkus BUKAN di negeri Melaka.


"Polis Melaka mengesahkan video tular yang memaparkan bungkusan nasi yang diselit dengan wang tunai RM50 dan diagih kepada warga emas, bukan berlaku di negeri itu."

Berita sebelumnya pula berikut :

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/05/prn-melaka-rakaman-bungkusan-makanan-diselit-rm50-polis-buka-kertas-siasatan/

  • PJ: Polis buka kertas siasatan bungkusan makan diselit RM50 PRN Melaka
  • gambar dimuat naik di media sosial tular sejak semalam 
  • Facebook menunjukkan bungkusan makanan bersama duit RM50
  • komen pembaca dakwa program itu unsurkan politik bagi tujuan meraih undi
  • kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
  • video kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan RM50 
  • kita tidak mengesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik,” katanya


OSTB : Aha !! Walaupun BUKAN MELIBATKAN MELAKA, tetapi inilah juga rahsia besarnya bagi orang Melaka. Sila baca lagi. 

Mengikut Polis Melaka :  "...hasil semakan mendapati satu klip video berhubung kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang tunai RM50 kepada warga emas.  Bagaimanapun menerusi klip tersebut kita tidak mengesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik,” katanya.

Maksudnya kalau tidak ada kesan apa-apa lambang atau elemen parti politik maka ianya bukan aktiviti meraih undi maka ianya ok. Tidak menyalahi undang-undang. 

Terima kasih kepada Polis Negeri Melaka kerana menjelaskan keadaan ini. Thank you.

Maka orang Melaka boleh menerima nasi bungkus dengan wang RM50 selagi tidak ada lambang atau elemen parti politik. HOORAY! 

Tetapi jangan lah orang Melaka begitu perangai pengemis dan dungu nak terima bantuan makanan sebungkus nasi dan sekeping duit RM50 sahaja.

Ini bukan Bangladesh lah. Atau Sudan atau Zimbabwe.

Kalau nak beri bantuan (tanpa "apa-apa lambang atau elemen parti politik") bagilah bantuan yang elok sikit.

Takkan orang yang nak beri bantuan ikhlas "tanpa apa-apa lambang atau elemen parti politik"  tak boleh bagi duit RM1,000 seorang? Jangan-lah kedekut.

Saya telahpun cadangkan kepada orang Melaka bahawa dalam menemui musim durian runtuh ini (atau pun musim menerima bantuan ikhlas) lebih baik Tuan-Tuan orang Melaka berjumpa secara beramai atau berkumpulan dengan orang-orang kaya raya yang sudi datang ke negeri Tuan-Tuan untuk memberi bantuan ikhlas itu.

Sebelum berjumpa dengan orang-orang kaya ini Tuan-Tuan patut berkumpul ikut ahli surau tempatan, ahli jemaah masjid tempatan, ahli persatuan-persatuan tempatan, ahli persatuan penduduk atau persatuan sukan, persatuan kampong dan sebegitu.  

Jika Tuan-Tuan berjumpa dengan orang kaya ini secara beramai maka akan lebih mudah  bagi Tuan-Tuan "bincang" jenis bantuan ikhlas yang lebih berpatutan. Saya yakin orang-orang kaya itu akan lebih rela memberi bantuan ikhlas sampai RM1,000 satu kepala. Takkan depa nak bagi bantuan ikhlas RM50 saja.

Dan jangan lupa tau, sebarang bantuan itu mesti  "tanpa apa-apa lambang atau elemen parti politik" dan bukan termasuk "aktiviti meraih undi". 

Satu bungkus nasi dengan sekeping RM50 itu daripada zaman Kleptokrat dulu.  Dulu di Ulu Selangor saya pernah melihat "orang kaya dari Kuala Lumpur" belanja Orang Asli di sana minum beer dan nyanyi karaoke saja. Plus depa dapat sedikit "bantuan ikhlas" wang kertas juga. Happy-happy betul Orang Asli itu. Tetapi itu cerita dulu-dulu.

Orang Melaka bukan Orang Asli.  Sekarang semua barang naik lagi. Minyak pun naik lagi. RON97 dah RM3.00 satu liter. Saya tak mampu isi minyak RON97 pun. Saya selalu isi RON95 sahaja.

Jika ada orang-orang kaya yang ingin hulurkan bantuan elok lah. Tetapi bagi lah lebih sikit. Buat lah cara betul-betul. Janganlah kedekut. 

Dan sila pastikan sebarang bantuan itu mesti  "tanpa apa-apa lambang atau elemen parti politik" dan bukan termasuk "aktiviti meraih undi".  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.