`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 7, 2021

27 pekerja warga asing positif Covid, pasar raya di MITC tutup sementara

 

Kesemua pekerja positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) di Johor Bahru.

PETALING JAYA: Sebuah pasar raya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh diarahkan tutup sehingga 12 Dis ini susulan 27 kes positif Covid-19 dikesan di premis berkenaan.

Exco Kesihatan negeri, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah telah menerima notifikasi awal terdapat empat pekerja membabitkan warga asing yang bekerja di bahagian bekalan barangan basah telah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan PCR pada Khamis lalu.

Katanya, susulan itu kesemua pekerja positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) di Johor Bahru.

“Berikutan itu, pihak PKD Melaka Tengah telah menghantar pasukan penilaian risiko untuk mengesan kontak rapat dan melakukan penilaian terbabit.

“Hasil penilaian itu, 51 pekerja yang tinggal di asrama telah dikuarantin selama tujuh hari selain diarahkan menjalankan ujian RTK saliva,” katanya menurut laporan Melaka Hari Ini pada sidang media di JAPERUN Merlimau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata, hasil ujian saringan itu mendapati 13 lagi termasuk seorang pekerja tempatan positif.

“Pasar raya berkenaan diarahkan tutup bermula jam 9 malam tadi bagi kerja disinfeksi dan arahan ujian RTK terhadap 204 pekerja termasuk warga asing.

“Susulan ujian saringan itu, terdapat 10 lagi penambahan kes positif direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di premis terbabit seramai 27 kes,” katanya.

Tambahnya, PKD sedang melakukan pengesanan kontak rapat kes baharu itu sebelum pasar raya dibenarkan beroperasi semula. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.