`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 5, 2021

Perarakan kematian guna helikopter, kuda: 7 dirakam percakapan

 

Acara perarakan itu tular di media sosial, minggu lalu. Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata tujuh individu telah dipanggil untuk dirakam percakapan.

PETALING JAYA: Polis merakam percakapan tujuh individu berhubung perarakan pengebumian menggunakan helikopter dan kuda di Little India, Ipoh, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid, berkata individu yang dipanggil adalah pengurus mayat, waris, juruterbang, pengurus syarikat acara, pemilik helikopter, wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan pemilik kuda.

Selepas siasatan kes selesai, polis akan merujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan peguam negara.

“Hasil siasatan mendapati mereka tidak mendapat kebenaran untuk mengadakan perarakan kerana ia diadakan secara ad hoc, tiada dalam perancangan pada awalnya.

“Namun, anak-anak (mendiang) ambil keputusan untuk membuat perarakan bagi membawa mayat ke tanah perkuburan.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati juruterbang helikopter itu mendapat kebenaran untuk melakukan penerbangan rendah dalam perarakan itu,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2021 di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan perarakan kematian seorang pemilik pakaian tradisional India itu turut disertai beberapa individu yang dilihat menunggang kuda dikatakan dari rumah mendiang ke tempat pengebumian pada 27 Nov lalu.

Kejadian itu yang tular di media sosial memaparkan rakaman video helikopter terbang rendah dan bunga ditabur mengiringi perarakan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.