PETALING JAYA: Seorang tukang cat kereta maut dan adiknya cedera, selepas kereta dinaiki mereka terbabas serta melanggar tiang elektrik di KM70 Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu di Kampung Banggol, Setiu, Terengganu.
Muhammad Sharil NaimZulkefli, 20, meninggal dunia di tempat kejadian pada 1.25 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Afandi Hussin berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika Sharil yang memandu Proton Wira dalam perjalanan pulang ke rumah dari Bandar Permaisuri ke Kampung Padang Saujana bersama adiknya.
“Ketika sampai di lokasi, kereta mangsa hilang kawalan, lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.
“Mangsa disahkan meninggal dunia, manakala penumpang hadapan, iaitu adiknya, Muhammad Sharil AimanZulkefli, 15, cedera di dagu dan tangan,” katanya dipetik Berita Harian sambil menambah dua beradik itu dihantar ke Hospital Setiu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.