`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, December 5, 2021

12 ahli ‘Geng Janggut’ seludup pendatang tanpa izin ditahan

 

Polis menahan 10 warga Indonesia dan dua warga tempatan berusia 22 hingga 50 tahun yang terdiri daripada tiga tekong darat, tiga pengangkut, seorang penjaga rumah transit dan lima pendatang tanpa izin.

JOHOR BAHRU: Polis menahan 12 ahli sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin yang dikenali sebagai “Geng Janggut” menerusi Op Benteng di tiga lokasi sekitar bandar raya ini dan Kulai pada Rabu serta Khamis lepas.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan itu melibatkan 10 warga Indonesia dan dua warga tempatan berusia 22 hingga 50 tahun yang terdiri daripada tiga tekong darat, tiga pengangkut, seorang penjaga rumah transit dan lima pendatang tanpa izin.

Katanya, sindiket itu diketuai seorang warga Indonesia dikenali sebagai “Janggut” yang dibantu dua lagi rakan senegara dan mereka yang bergerak aktif sejak April lepas, beroperasi di sekitar kawasan Sungai Tengah Bandar Penawar, Kota Tinggi.

“Bayaran yang dikenakan ke atas warga asing yang ingin memasuki negara ini kira-kira RM1,300, manakala bayaran untuk mereka keluar kira-kira RM1,500,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Beliau berkata, sindiket terbabit dipercayai mendapat bantuan dan kerjasama ejen atau pengurus yang akan bertindak sebagai pengatur pergerakan pendatang asing.

Katanya, sejak Jun hingga September lalu, sindiket itu dipercayai mengatur pergerakan masuk kira-kira 465 warga asing dan 150 pendatang asing keluar menerusi lima pendaratan bot di Sungai Tengah, Bandar Penawar.

Beliau berkata, sembilan lelaki dan tiga wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta Seksyen 26(a) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.