`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, December 5, 2021

Tiada keputusan tolak MN, kata Mursyidul Am PAS

 

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata, PAS belum buat keputusan untuk menolak MN malah mahu memperkukuhkan gagasan itu yang dibentuk bersama Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu belum mengambil sebarang keputusan menolak Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan bersama Umno, sekali gus memperlihatkan pandangan berbeza dengan presidennya, Abdul Hadi Awang.

“Saya rasa kita belum buat keputusan untuk tolak Umno pun, hubungan masih ada, tak ada apa-apa perubahan sampai hari ini.

“Apa pun perkara ini dijangka akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama PAS pada minggu depan,” Berita Harian memetik beliau sebagai berkata.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata, PAS menolak MN kerana Umno tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika membentuk gagasan itu pada tahun 2019.

Katanya, berdasarkan piagam MN, Umno harus terbuka untuk menerima Bersatu, sesuatu yang ditolak oleh Umno yang meluluskan resolusi pada perhimpunan agungnya menolak kerjasama dengan parti serpihan itu.

Meskipun Hadi menolak MN atas keengganan Umno menerima Bersatu, Hashim berkata PAS masih kekal dengan keputusan untuk memperkukuhkan MN.

Pada masa sama, PAS akan turut mempertahankan Perikatan Nasional (PN), yang dianggotai oleh parti itu bersama Bersatu.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berharap PAS tidak patut meninggalkan MN hanya kerana Umno menolak penyertaan Bersatu dalam gagasan itu.

Mohamad menjelaskan, MN tidak ditubuhkan dengan matlamat Bersatu mesti menjadi sebahagian daripadanya, sebaliknya MN diasaskan untuk menentang Pakatan Harapan (PH) yang pada satu ketika, turut merangkumi Bersatu.

“Justeru, untuk memaksa Umno menerima Bersatu adalah bercanggah dengan semangat sebenar MN itu diasaskan. Apa lagi bila mengenangkan bagaimana Bersatu bersekongkol dengan DAP dalam menentang Umno dan menumbangkan kerajaan pimpinan Umno,” katanya.

Beliau berkata, Umno juga berpendirian walaupun PKR, Amanah atau Pejuang adalah sebahagian daripada ummah yang berkepentingan, Umno tidak pernah mempelawa parti berkenaan untuk menyertai MN kerana tidak mahu menyakiti hati PAS. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.