`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 24, 2022

KKMM anjur solat Hajat, bacaan Yasin, doa selamat untuk kesihatan Dr M

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa menyertai lebih 50 jemaah menunaikan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat, bagi mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, di Masjid Muhammadi Angkasapuri di sini, malam ini. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa menyertai lebih 50 jemaah menunaikan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat, bagi mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, di Masjid Muhammadi Angkasapuri di sini, malam ini.

Turut menyertai majlis anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu, Ketua Setiausaha KKMM Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Mohd Sukari Ab Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Md Nasir Ibrahim serta pengurusan tertinggi dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis yang dipimpin imam satu masjid berkenaan, Ustaz Mohd Fadhli Md Desa, dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat serta solat isyak.

Solat berkenaan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat.

Semalam, anak Ahli Parlimen Langkawi itu Marina Mahathir, memaklumkan keadaan bapanya yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif, yang dijalankan 8 Jan lalu.

Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan, bagi menjalani prosedur perubatan elektif berkenaan dikendalikan sepasukan doktor daripada institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.