`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 10, 2022

Wujud agenda hukum Azam Baki sebelum terbukti bersalah, dakwa Peja

 

Ahmad Faizal Azumu berkata, pihak-pihak yang lantang bersuara berhubung tuduhan isu urusniaga saham yang melibatkan KP SPRM itu jelas tidak menurut “rule of law” di mana “innocent until proven guilty” adalah asas keadilan.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Bersatu, Ahmad Faizal Azumu mendakwa wujud agenda tertentu daripada pihak yang berniat menghukum Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki sebelum beliau dibuktikan bersalah.

Faizal berkata, pihak-pihak yang lantang bersuara berhubung tuduhan isu urusniaga saham yang melibatkan KP SPRM itu jelas tidak menurut “rule of law” di mana “innocent until proven guilty” adalah asas keadilan.

“Suara-suara yang nyaring di dalam media yang menggembar-gemburkan isu urusniaga saham ini dan mahu Tan Sri Azam Baki dilucutkan jawatan nampaknya mempunyai agenda tertentu.

“Nampaknya, mereka ingin menghukum Azam Baki sebelum ada perbicaraan dan bukti yang kukuh menurut undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuji kerelaan Azam untuk disiasat pihak berkuasa dan telah membuat penjelasan berkenaan isu ini pada 6 Jan 2022, Faizal menyifatkan tindakan itu menunjukkan integriti beliau yang tinggi sebagai penjawat awam.

Sehubungan itu, Faizal menyeru agar semua pihak berpaksi pada “rule of law” di dalam kes yang melibatkan penjawat awam dan tidak sewenang- wenangnya menghukum mereka melalui perang media.

“Penjawat awam, di dalam menjalankan tugas mereka, adakalanya akan dijadikan sasaran kerana ketegasan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pihak perlu memberi ruang agar siasatan dapat dijalankan tanpa prejudis oleh pihak berkuasa serta menyeru agar penjawat awam, khasnya SPRM berani dan tidak harus takut menjalankan amanah.

Terdahulu, Azam menafikan sebarang salah laku dalam isu pemilikan lebih 4 juta saham dan waran syarikat tersenarai yang dibeli menerusi akaun dagangannya pada 2015 dan 2016 ketika beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Siasatan SPRM.

Azam berkata, saham dan waran berkenaan dibeli dan dibiayai sepenuhnya oleh adiknya Nasir dan beliau bersedia bekerjasama dengan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Isu pemilihan saham itu didedah Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah pada 14 Dis lalu.

SC berkata ia akan mahu mendapatkan penjelasan daripada Azam berhubung pembelian saham berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.