`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 10, 2022

Cetus kemalangan maut, pemandu MPV diburu polis

 

(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis sedang menjejak identiti pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang didakwa mencetuskan kemalangan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Air Hitam, Dungun, Terengganu.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi cuba mengelak MPV itu yang memasuki laluannya.

Beliau berkata, Mohamad Haszaniza dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV yang masih belum dikenalpasti dikatakan telah memasuki laluan bertentangan untuk memotong kenderaan lain.

“Kereta Perodua Myvi dipandu mangsa cuba mengelak daripada dirempuh MPV yang terlalu hampir itu dengan memasuki laluan bertentangan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Baharudin berkata, tindakan tersebut menyebabkan kereta Perodua Myvi mangsa terbabas lalu bertembung dengan kereta jenis Mercedes Benz.

“Setakat ini, polis telah mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kes kemalangan itu daripada Majlis Perbandaran Dungun dan sebuah premis milik syarikat swasta untuk siasatan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.