`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 28, 2022

Aktiviti penyembelihan babi masih berlaku di ladang dikesan ASF

 

Lawatan mengejut ke lokasi itu dua hari lalu mendapati ada berlaku aktiviti penyembelihan babi di ladang berkenaan, kata Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Bakri Sawir.

PETALING JAYA: Aktiviti penyembelihan babi masih berlaku di ladang tidak berlesen, di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, Negeri Sembilan, walaupun sebelum ini berlaku kes Demam Babi Afrika (ASF).

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir, berkata pihaknya melakukan lawatan secara mengejut ke lokasi berkenaan pada dua hari lalu mendapati ada berlaku aktiviti penyembelihan babi di ladang berkenaan.

“Jadi, sebab itu saya minta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) segerakan membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Ada pihak nak buat ‘hide and seek’ dengan penjawat awam. Tak cantiklah…kena la ada integriti dan bersikap jujur,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Bakri turut menasihatkan kepada pihak berkaitan agar tidak mengambil undang-undang sendiri selepas difahamkan berlaku unsur menghalang tugas penjawat awam ketika melakukan pemeriksaan.

“Kita ada undang-undang dan kawasan itu tiada lesen untuk menternak babi dan saya akan ambil tindakan bersesuaian dengan undang-undang yang ada.

“Saya juga meminta orang awam supaya berhati-hati selain melaporkan kepada JPVNS dan pihak berkuasa di negeri ini jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menjual babi pada harga lebih murah,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan kira-kira 2,000 ekor babi ditempatkan berhampiran dengan ladang yang dikesan dijangkiti penyakit ASF di kampung itu, dipercayai dibawa keluar oleh pemilik ladang tanpa pengetahuan pihak berkuasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.