`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 1, 2022

Sapura RM10.3 Billion Bonds - The Real Disaster In Waiting. Pemiutang (Creditor) Beratus Ribu Saman Sapura 'Winding Up' Di mahkamah, Tetapi Bondholder Berbillion Ringgit Pula Kasi Tempoh Lanjutan. Baik hatinya !!

 


From The Edge (click here) March 3, 2022 : "According to Maybank Trustees' Tuesday letter to Sapura TMC, bondholders had on that day approved Sapura TMC's bond default waiver request.  "Sukuk series one" had received an approval rate of "95.5%", while "sukuk series two" obtained "100%" approval from bondholders, according to Maybank Trustees".

Soalan besarnya siapakah kesemua bondholder RM10.3 Billion hutang Sapura itu? Apakah agensi Kerajaan dan bank / syarikat GLC kepunyaan Kerajaan terlibat memegang bond RM10.3 billion itu ? Maksudnya berapa banyak-kah duit rakyat, duit kita, yang terlibat sebagai pemiutang RM10.3 billion bonds Sapura itu? 

Ikut kenyataan media oleh Banduan Nasional :

“If Sapura goes bankrupt, 10.6 million Amanah Saham Bumiputera investors will suffer direct losses of RM4 billion.  "PNB, the Employees Provident Fund and other provident funds will face indirect losses due to debts of RM10 billion owed to local banks, such as Maybank, of which PNB owns 50%,” he wrote on Facebook today.

Yang kita tahu PNB telah melabur duit tambahan RM2.7 Billion dalam syarikat Sapura Energy untuk increase shareholding PNB daripada 12% ke 40%. Sebelum itu PNB sudah pun membeli 12% daripada saham syarikat Sapura E. Banduan Nasional kata jumlah pelaburan oleh PNB adalah RM4.0 Billion.

Berita hari ini kata pemiutang Sapura (creditors) yang lebih kecik pun sudah saman Sapura 'winding up petition' di mahkamah. Winding up petition maksudnya 'saman bankrap' lah itu. 



Sapura Offshore failed to pay RM210,443
Sapura Geosciences failure to pay RM624,139

Pemiutang RM210 ribu, RM624 ribu pun sudah mulakan tindakan saman di Mahkamah. 

Tetapi bondholder sebanyak RM10.3 BILLION pula beri tempoh lanjut kepada Sapura untuk bayar hutang !! 

Baik hatinya bondholder RM10.3 billion itu. 
Boleh tak saya pun pinjam RM10.3 Billion ? 
Kalau saya tak dapat bayar, boleh tak saya pun diberi tempoh lanjutan?

Kemudian Rafizi Ramli kata dalam tempoh Banduan Nasional jaga reban lebih RM980 million telah dibayar kepada boss dan pemegang saham utama Sapura E pada masa itu.

Wah bagusnya rezeki depa. CEO dapat RM983 Juta. 

Bondholder pula dapat rezeki untuk recycle hutang bond sebanyak RM10.3 Billion. 

Soalannya siapakah bondholder RM10.3 Billion itu? Apakah agensi Kerajaan dan syarikat GLC terlibat memegang hutang bond sebanyak RM10.3 billion itu? If the answer is yes, berapa banyak-kah duit rakyat terlibat? 

Soalannya kenapa bondholder RM10.3 Billion BELUM MULAKAN tindakan mahkamah untuk dapatkan balik pinjaman bond sebanyak RM10.3 billion itu? 

Padahal pemiutang 'kecik' RM210 ribu dan RM624 ribu sudah ambil tindakan Mahkamah. 

“If Sapura goes bankrupt, 10.6 million Amanah Saham Bumiputera investors will suffer direct losses of RM4 billion.  "PNB, the Employees Provident Fund and other provident funds will face indirect losses due to debts of RM10 billion owed to local banks, such as Maybank, of which PNB owns 50%,” he wrote on Facebook today.

Kalau betul apa yang Banduan kita cakap itu, maksudnya lebih RM14 billion duit rakyat sedang berisiko.

Akhir sekali duit kita juga Tuan-Tuan. Depa jadi kaya dengan makan duit kita. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.