`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, June 16, 2022

GFM Services peroleh kontrak bernilai RM367.2 juta, urus kemudahan Istana Negara selama 5 tahun

 

Kontrak pengurusan kemudahan GFM untuk Istana Negara adalah untuk tempoh lima tahun bermula 15 Jun 2022 hingga 14 Jun 2027.

KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan kemudahan dan perkhidmatan bersepadu GFM Services Bhd memperoleh kontrak bernilai RM367.2 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan kemudahan untuk Istana Negara.

Surat penerimaan (LOA) daripada JKR dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Global Facilities Management Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kemudahan bagi tempoh lima tahun bermula 15 Jun 2022 hingga 14 Jun 2027.

Di bawah LOA itu, skop perkhidmatan GFM antara lain meliputi perkhidmatan operasi dan penyelenggaran (O&M) berhubung pengurusan peralihan, seni bina, sivil dan struktur, mekanikal, elektrikal, landskap, sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer, kecekapan tenaga, dan pembaikan dan penggantian.

“Kontrak ini menyediakan kami kebolehlihatan pendapatan yang lebih baik dan menambah semula nilai perolehan kontrak semasa kepada RM1.4 bilion,” kata Naib Pengerusi Eksekutif Ruslan Nordin dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pada masa yang sama, ia membolehkan kami mendapat daya tarikan dalam memperoleh lebih banyak kerja daripada sektor awam.

“Kami mempunyai rekod prestasi kukuh dalam menyelenggara kemudahan awam, termasuk premis Bank Negara Malaysia, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar di Johor. Kami yakin kepakaran dan kemahiran yang dikumpul ini akan membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan pengurusan kemudahan yang berkesan di Istana Negara,” tambahnya.

Selain perkhidmatan pengurusan kemudahan, GFM juga pemilik syarikat konsesi aset universiti, KP Mukah Development Sdn Bhd untuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Mukah di Sarawak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.