`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 28, 2022

Kenapa pusing 200 darjah, putar belit fakta, Puad tanya Tajuddin

 

Puad Zarkashi mendakwa ramai orang tahu bahawa banyak pertemuan dianjurkan oleh Tajuddin Abdul Rahman di kediamannya dan Ahli Parlimen Pasir Salak itu fobia susulan disiasat oleh SPRM.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mendakwa pendedahan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berhubung gerakan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ibarat “masuk bakul angkat sendiri” kerana banyak fakta diputar belit.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi mendakwa ramai orang tahu bahawa banyak pertemuan dianjurkan oleh duta besar Malaysia ke Indonesia yang baharu dilantik itu di kediamannya.

“Kenapa pusing 200 darjah? Dia fobia apabila disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ramai saksi hidup.

“Legasi kepahlawanan Pasir Salak memang hebat. Malangnya saksi hidup Pasir Salak moden cepat cair,” katanya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Selepas dipecat sebagai ahli MKT pada Jumaat lalu, dalam sidang media semalam Tajuddin mendesak Ahmad Zahid Hamidi supaya melepaskan jawatan sebagai presiden Umno, selain mendakwa hampir 130 ketua bahagian parti itu sebelum ini mahu beliau berundur.

Beliau turut mendakwa bahawa Zahid mengetuai gerakan menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Puad menyelar reaksi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa terhadap sidang media Tajuddin.

“Suka Annuar dengan sidang media Tajuddin. Dia paling aktif ‘viral dan share’ laporan media, terutamanya portal berhubung sidang media Tajuddin semalam.

“Pada Annuar, itu bola tanggung untuk ‘smash’ Umno. Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis.

“Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia ‘viral dan share’.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.