`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 27, 2022

Menteri jamin harga siling ayam baharu munasabah, ambil kira BKM

 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee (tengah) bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi (kiri) dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali (kanan) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Harga siling ayam baharu dan kadar subsidi kepada penternak akan dibawa ke mesyuarat Kabinet, pada Rabu, sebelum diumumkan, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee.

Katanya, harga kawalan baharu itu mengambil kira kepentingan penternak, pemborong dan peruncit bagi memastikan harga yang ditetapkan munasabah bagi semua pihak.

Dalam hantaran di Facebook, Ronald berkata, bantuan tunai tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga diambil kira.

“Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai status semasa bekalan makanan negara serta status harga barangan terpilih serta pelaksanaan intervensi pengukuhan sekuriti makanan negara.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Bekalan ayam diunjur kekal stabil dan mencukupi pada minggu keempat bulan Jun 2022. Bekalan komoditi lain diunjur kekal stabil dan mencukupi menampung permintaan bulan semasa,” katanya dalam hantaran Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara.

Pada 24 Jun, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Sehari selepas itu, perdana menteri berkata, keputusan berhubung harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan bukan tindakan ‘U-turn’ atau pusingan U kerajaan.

Katanya, sebaliknya, keputusan dibuat bagi memenuhi hasrat dan memberikan kebaikan kepada rakyat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.