`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 27, 2022

Remaja lemas ketika mandi di tasik

 

Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menerima panggilan dari Balai Polis Sarikei memaklumkan mayat mangsa dijumpai terapung di kawasan jentera pengorek tanah di tasik berkenaan oleh ahli keluarga mangsa sendiri.

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sebuah tasik berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tiong Ho, Sarikei, malam tadi.

Mayat Terry Leon Zi Jun, 13, ditemui terapung oleh keluarganya tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dikejarkan ke tempat kejadian, sejurus menerima panggilan pada 8.35 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, usaha pencarian dilakukan di sekeliling tasik dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui sepasang selipar dipercayai milik mangsa di tepi tasik, namun sehingga 10.30 malam mangsa gagal ditemui.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pada 12.30 tengah malam, Pusat Kawalan BBP Sarikei menerima panggilan dari Balai Polis Sarikei memaklumkan mayat mangsa dijumpai terapung di kawasan jentera pengorek tanah di tasik berkenaan oleh ahli keluarga mangsa sendiri,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya ke Balai Polis Sarikei untuk pengesahan lanjut berhubung penemuan mayat mangsa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.