`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 27, 2022

RM65j dana YAB bukan hasil aktiviti haram, kata Zahid

 

Ahmad Zahid Hamidi membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi.

PETALING JAYA: Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi, hari ini, bahawa dana Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM65 juta yang didakwa diterimanya dan dipindahkan ke akaun simpanan tetap sebuah firma guaman bukan hasil wang haram.

Bekas timbalan perdana menteri itu, sebaliknya berkata dana RM65 juta melalui cek itu adalah hasil sumbangan daripada individu dan badan korporat bagi tujuan amal jariah, menurut laporan Bernama.

“Saya menegaskan bahawa dana tersebut adalah bukan hasil daripada aktiviti haram yang didefinisikan di bawah Akta AMLA,” katanya semasa membacakan pernyataan saksi semasa membela diri atas 47 pertuduhan, iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.

Zahid, 62, berkata, beliau juga tidak pernah mengarahkan mana-mana peguam atau pekerja termasuk kerani V Sothilechmy daripada Tetuan Lewis & Co untuk mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, Sothilechmy telah mengesahkan di mahkamah bahawa beliau (Sothilechmy) mendapat arahan daripada peguam B Muralidharan untuk memasukkan dana-dana tersebut ke dalam akaun simpanan tetap.

“Semasa saya melantik Tetuan Lewis & Co untuk menguruskan dana Yayasan Akalbudi, Muralidharan pernah memberitahu saya bahawa akan menguruskan dana itu dengan membuka akaun simpanan tetap supaya yayasan itu dapat memperoleh kadar faedah. Muralidharan juga memberitahu saya bahawa beliau perlu berbuat demikian berdasarkan undang-undang,” katanya.

Mengenai dana YAB berjumlah RM5.9 juta, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, berkata beliau tidak pernah memberi arahan kepada Muralidharan untuk membuat pembayaran bagi pembelian dua lot tanah banglo di Country Height, Kajang, menggunakan akaun simpanan tetap. Katanya, dana Yayasan Akalbudi dikendalikan Muralidharan menggunakan budi bicara tunggal peguam itu sepenuhnya.

Zahid juga berkata, pengeluaran RM5.9 juta daripada akaun simpanan tetap oleh Muralidharan bagi tujuan pembayaran dua lot tanah untuk dijadikan pusat pengajian al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan juga pelajar tahfiz dan ia bukan wang daripada hasil aktiviti haram.

Selain itu, Zahid berkata, beliau tidak pernah mengarahkan pengurup wang, Omar Ali Abdullah untuk menukarkan wang tunai berjumlah RM 7,511,250.20 kepada 35 keping cek.

“Semasa saya berjumpa dengan Omar Ali untuk berbincang berkenaan mendepositkan wang tunai ke dalam akaun pelanggan Tetuan Lewis & Co, Omar Ali telah memberitahu saya bahawa beliau akan menggunakan inisiatif beliau sendiri untuk menukarkan wang tunai tersebut kepada beberapa cek,” katanya.

Zahid berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan berkenaan penukaran wang tunai kepada cek itu. Susulan itu, beliau menegaskan bahawa sumber wang tunai yang diuruskan oleh Omar Ali adalah sumbangan dan derma daripada Yayasan Al-Bukhary, bukannya wang hasil daripada aktiviti haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.