`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 27, 2022

Tajuddin buka cerita, bukti Anwar tak bohong ada sokongan kukuh, menyakinkan, kata Shamsul

 

Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Pakatan Harapan (PH) memiliki sokongan mencukupi untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ketika itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kenyataan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman, hari ini, membuktikan Anwar Ibrahim tidak berbohong berhubung memiliki sokongan menjadi perdana menteri, sebelum ini.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin, berkata apa yang didedahkan Tajuddin menjadi bukti Pakatan Harapan (PH) dan presiden PKR itu mempunyai
sokongan mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat melalui Langkah Sheraton.

“Ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Anwar berbohong apabila menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan menyakinkan pada 22 Sept 2020 telah pun terjawab dengan sendirinya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.

Terdahulu, Tajuddin mendakwa beliau saksi Umno menghantar akuan berkanun (SD) menyokong Anwar sebagai perdana menteri kepada Agong, dalam satu pendedahan selepas digugurkan daripada MKT, baru-baru ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel, Tajuddin berkata, SD yang diuar-uarkan itu memang wujud meski pun pemimpin Umno melaungkan “No DAP, No Anwar”.

Selain menyifatkan Zahid sebagai tidak mampu mengurus Umno, Tajuddin turut menyelar MKT sebagai bersifat ‘pak turut’ kepada kehendak Zahid.

“Keputusan MKT bukan kehendak MKT tetapi kehendak dia (Zahid). Dia bagi seorang dua cakap, lepas itu keputusan sudah putuskan…MKT wayang sahaja,” katanya.

Tajuddin berkata, Zahid berdepan kes mahkamah dan sudah sampai masa Ismail Sabri Yaakob, yang ketika ini naib presiden parti, mengambil alih tampuk kepimpinan parti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.