PETALING JAYA: Seorang pemandu jengkaut nekad melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga terbalik selepas marah disaman kerana tidak memiliki lesen memandu kelas F.
Kejadian berlaku ketika sepasukan anggota JPJ dikatakan melakukan operasi secara rondaan di Jalan Kepayan, dekat Kampung Magatang, Keningau, Sabah, menyebabkan kenderaan milik pasukan penguat kuasa itu remuk.
Berdasarkan maklumat, anggota terbabit dikatakan mengesyaki jengkaut itu yang mencurigakan dan menahan untuk tujuan pemeriksaan, sebelum pemandunya didapati tidak memiliki lesen memandu kelas F.
Selepas saman dikeluarkan, pemandu yang tidak berpuas hati itu tiba-tiba melanggar kenderaan milik JPJ sehingga terbalik, lapor Berita Harian.
Video insiden itu tular di media sosial memaparkan anggota JPJ cuba memujuk pemandu jengkaut terbabit, namun tidak diendahkan.
Sementara itu, Ketua Polis Keningau Nor Rafidah Kasim, mengesahkan kejadian dan kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Difahamkan, tiada anggota JPJ yang tercedera, namun kenderaan dilanggar lelaki mengalami kerosakan teruk. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.