`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 9, 2022

Hentikan ketirisan dana negara, Putrajaya diberitahu

 

Kerajaan perlu memastikan semua jenis bantuan dan insentif kepada rakyat sampai kepada golongan sasar dan tidak disalahguna, kata Pertubuhan Ikram Malaysia.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan untuk mencegah semua ketirisan dan rasuah yang menjejaskan dana negara.

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berkata, isu seperti kenaikan kos sara hidup, sekuriti makanan dan keperluan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) menunjukkan kelemahan dalam sistem ekonomi negara.

“Kerajaan mesti memastikan semua jenis bantuan dan insentif kepada rakyat sampai kepada golongan sasar dan tidak disalahguna. Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.

“Putrajaya juga mesti meningkatkan pengawasannya terhadap pengurusan kewangan negara untuk membasmi ketirisan dan rasuah,” kata Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi Ikram Abdul Hamid dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Abdul menambah bahawa perbincangan menyeluruh mengenai ekonomi perlu dilakukan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang hujung bulan ini.

“Kerajaan mesti mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat semasa zaman yang bergolak ini.

“Ikram juga menggalakkan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan ekonomi anugerah Islam, pendekatan sistemik berasaskan amal yang mampu mencapai kemakmuran ekonomi yang mampan dan berdaya tahan,” katanya.

Abdul menambah, inovasi teknologi dan kemajuan saintifik juga harus digunakan sepenuhnya untuk membawa nilai tambah kepada ekonomi negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.