`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 2, 2022

Singapura tarik balik produk kek pisang dari Malaysia

 

Agensi Makanan Singapura berkata, langkah menarik balik produk kek pisang ‘Goods’ sedang dilakukan. (Gambar SFA)

SINGAPURA: Singapura mengesan kandungan asid sorbik melebihi had maksimum dibenarkan dalam produk kek pisang “Goods” yang dijual di republik itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan pengimport Goods Huat Hee Marketing menarik balik produk berkenaan.

“Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut kemas kini syarikat itu di laman Facebooknya.

Kek pisang “Goods” berasal dari Malaysia.

Menurut SFA, asid sorbik adalah bahan tambahan yang dibenarkan untuk tujuan pengawetan.

“Pengambilan produk yang terjejas tidak mungkin menimbulkan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan kerana ketoksikan yang rendah,” menurut SFA. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.