`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 12, 2022

Belum bincang permohonan PBM sertai BN, kata MIC

 

M Saravanan berkata, MIC belum melihat butiran permohonan Parti Bangsa Malaysia menyertai Barisan Nasional. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: MIC belum melihat atau membincangkan permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyertai Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presidennya, M Saravanan.

“Setakat ini, tiada sebarang perbincangan di peringkat MIC berhubung permohonan PBM masuk BN.

“Kita belum lagi lihat permohonan itu, bila tak lihat permohonan, bagaimana nak bincang?” katanya selepas melancarkan pinjaman patuh syariah (PLK-i) Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di Pusat Dagangan Dunia.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MIC bersetuju menerima kemasukan PBM dalam BN.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan dilaporkan berkata, gabungan itu akan membuat keputusan berhubung permohonan PBM selepas mesyuarat Dewan Tertingginya pada minggu depan.

Susulan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil pada Selasa lalu berkata, kerjasama dengan parti seperti PBM dan DAP tidak mungkin dijalin kerana mereka terdiri daripada “penipu dan pengkhianat”.

Beliau berkata, langkah menerima parti itu akan menyebabkan pengundi Melayu “tawar hati” dengan BN atau Umno dan berpaling ke arah parti lain seperti gabungan terbaharu diasaskan Dr Mahathir Mohamad, Gerakan Tanah Air. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.