`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 30, 2022

Kerajaan peruntuk RM1.5 bilion untuk kenaikan gaji khas penjawat awam

 

Presiden Cuepacs, Adnan Mat sebelum ini menggesa Putrajaya menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan oleh mereka. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 hingga 56 yang akan dibayar mulai Januari 2023.

“Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi Gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100, menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 sebanyak RM180.”

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh penjawat awam yang menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sabtu lalu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat menggesa Putrajaya menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan oleh mereka.

Adnan berkata, cadangan kenaikan gaji bagi penjawat awam Gred 19 hingga Gred 29 sudah berkali-kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, tetapi tiada tindakan diambil.

Ismail turut mengumumkan bantuan khas kewangan 2023 untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen sebanyak RM350, yang akan dibayar mulai Januari 2023.

Dalam pada itu, Ismail mengumumkan kadar maksimum jumlah cuti rehat boleh dikumpul bagi tujuan award wang tunai (GCR) dinaikkan daripada 160 hari kepada 180 hari.

Katanya, dengan beban tugas semakin besar dan mencabar, ramai penjawat awam tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka, oleh itu kenaikan kadar maksimum GCR  akan membolehkan cuti disimpan bagi tujuan award wang tunai dan meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak.

Beliau berkata, guru yang berkhidmat dengan kerajaan melebihi 10 tahun turut diberikan tambahan cuti rehat khas sebanyak lima hari, menjadikan keseluruhan 15 hari cuti setahun dan ini memanfaatkan kira-kira 500,000 guru.

Pada masa sama, Ismail berkata, tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan cuti tanpa rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat diperluaskan kepada adik-beradik, nenek dan datuk. Sebelum ini, ia hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak.

Katanya, kerajaan juga bersetuju menambah baik kadar tetap 3% pergerakan gaji tahunan pegawai yang mencapai gaji maksimum, dengan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan pekeliling bagi penjelasan terperinci mengenainya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.