`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 29, 2022

Tengku Zafrul dilantik pengerusi manifesto BN Selangor

 

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dilantik pengerusi manifesto BN Selangor berkuat kuasa awal bulan ini.

PETALING JAYA: Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dilantik sebagai pengerusi manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor berkuat kuasa awal bulan ini, kata pengerusinya Noh Omar.

Katanya, Tengku Zafrul akan bekerjasama dengan Naib Presiden Umno Khaled Nordin yang mengetuai manifesto BN di peringkat pusat.

“Pelantikan ini sudah berkuat kuasa dan telah mula mengadakan mesyuarat,” katanya menurut Sinar Harian.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail, berkata pelantikan Tengku Zafrul tentunya memberi keyakinan kepada BN untuk mempersembahkan manifesto yang diyakini rakyat di negeri berkenaan.

Beliau turut menyifatkan pemilihan bendahari BN Selangor itu adalah pilihan tepat memandangkan Tengku Zafrul mempunyai kemampuan menilai dan memberi perkhidmatan terbaik serta kemampuan sebagai sebuah kerajaan negeri.

“Sudah pasti kehadiran Tengku Zafrul ini membantu BN bagi menghadapi PRU15 akan datang. Saya yakin dan percaya akan ada gerak kerja untuk memastikan kemenangan BN di Selangor,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.