`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 8, 2022

RM305 Juta Untuk Kemudahan Integrasi LCS di Cyberjaya ?? Cyberjaya Tak Ada Laut. Kapal LCS Tak Jadi. Habis Integrasi Kepala Hotak Apa?

 'RM305 juta digunakan untuk kemudahan integrasi di Cyberjaya'




RM1.4bil peruntukan LCS digunakan untuk tujuan lain, kata PAC

https://beritakini.biz/rm1-4bil-peruntukan-lcs-digunakan-untuk-tujuan-lain-kata-pac/

RM1.4b projek LCS digunakan untuk tujuan lain kata PAC
antara penemuan dalam laporan PAC dibentangkan di Parlimen 4 Ogos
Pembayaran kepada Boustead (BNS) tidak digunakan untuk projek LCS
RM400 juta diguna untuk bayar hutang terdahulu projek NGPV
RM305 juta digunakan untuk kemudahan integrasi di Cyberjaya 
RM700 juta kos over run yang melebihi siling

My Comments : Apa benda itu 'kemudahan integrasi' di Cyberjaya sebanyak RM305 Juta? Di Cyberjaya tak ada laut pun. Tambah lagi semua kapal LCS itu tak jadi. Habis nak integrasi apa lagi di Cyberjaya dengan belanja RM305 Juta?

Hello PAC, SPRM habis apa sudah jadi dengan "kemudahan integrasi" di  Cyberjaya itu? Duit RM305 Juta sudah habis dibelanjakan. Apakah status 'kemudahan integrasi' di Cyberjaya itu?

What the hell is the 'kemudahan integrasi' in the first place? 

'Kemudahan integrasi' di Cyberjaya bernilai RM305 juta itu masih ada lagi ke? Atau sudah berkarat? Atau sudah obsolete? 

Atau itu pun tak pernah jadi? Angin sahaja? 

Tuan-Tuan tahu tak, selepas ENAM biji kapal LCS tak jadi depa pi beli EMPAT LAGI kapal lain jenis LMS pula (littoral mission ship) dari negeri China dengan harga RM1 billion. Maksudnya satu biji hanya RM250 Juta. 

Dulu kapal LCS pula berharga RM9 Billion untuk ENAM biji kapal sahaja. Makudnya satu biji adalah RM1.5 Billion.   

Kapal LMS pula berharga RM250 juta saja. Ikut kenyataan media TLDM kapal LMS RM250 Juta pun boleh buat  segala operasi dan misi yang perlu dibuat. Sila baca:


Soalan cepu mas : How much Brasso to polish all that brass?
 

https://www.benarnews.org/english/news/malaysian/malaysia-china-12312019155849.html

  • Malaysia received one of four large patrol ships from China
  • Keris-class Littoral Mission Ship (LMS) handover ceremony at Wucang, Shanghai
  • part of 4-vessel contract, RM1.17b (U.S.$289m) approved by Najib in 2017
  • price dropped to RM1b (US$256m) after M'sia agreed all 4 ships built in China 
  • initial plan stipulated last 2 units built by Boustead Naval in M'sia
  • The new ship commissioned on Jan. 6 2020
  • littoral mission ship (LMS), armed with 30 mm main gun, torpedo launchers
  • ship important for safety, country's prestige, ability to defend sovereignty
  • Navy chief told reporters in 2017 Msia eventually have 18 LMS in its fleet

Jadi pada 2017 (apabila sudah confirm 9 biji kapal LCS sudah ghaib dan tidak akan timbul) Najib approve pembelian 4 biji lagi kapal jenis LMS pula dari China dengan harga RM1.17 Billion.

Anyway, ikut TLDM, kapal LMS buatan China dengan harga RM250 Juta ini pun 

  • ship important for safety, country's prestige, ability to defend sovereignty

Jadi bolehlah kapal jenis LMS buatan China defend negara kita. Dan TLDM planning untuk membeli 18 buah kapal jenis LMS buatan China ini. 

Wow! Maksudnya perlu belanja lagi RM4.5 Billion? Banyaknya billion duit rakyat.

Jadi Tuan-Tuan, duit rakyat RM9.0 Billion sudah hangus untuk beli kapal ghaib LCS.

Kemudian duit rakyat RM1.0 billion di belanjakan untuk beli 4 biji kapal LMS buatan China. 

Itu sudah jumlah RM10.0 Billion duit rakyat.

Semua billion-billion. Satu hari nanti negara kita akan bankrap.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.