`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 30, 2023

Isytihar darurat: Mahkamah tetap kes 20 Mac

 

Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar (kiri) memohon mahkamah memutuskan sama ada pengisytiharan darurat oleh Agong atas nasihat perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, boleh dicabar.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 20 Mac untuk menentukan sama ada pengisytiharan darurat boleh dicabar, walaupun wujud fasal penyingkiran dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang badan kehakiman mendengar aduan berkaitan darurat.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan tarikh sama bagi mendengar permohonan kerajaan untuk membatalkan saman difailkan peguam Syed Iskandar Syed Jaafar pada November 2020 itu.

Peguam R Kengadharan berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syeela Marlina Uttaman menetapkan tarikh itu selepas prosiding dalam talian hari ini. Kengadharan berkata beliau memohon penangguhan susulan kematian peguam Gopal Sri Ram semalam.

Katanya, kerajaan dan 10 lain yang telah dibenarkan menjadi pencelah kes itu, tiada bantahan terhadap penangguhan berkenaan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sri Ram dan peguam-peguam lain dijadualkan memberikan hujah lisan bagi kedua-dua isu berkenaan hari ini. Kesemuanya telah memfailkan hujah bertulis tahun lalu.

Kengadharan kemudian memaklumkan FMT beliau berkemungkinan besar akan menghujahkan kes itu bagi pihak Syed Iskandar nanti.

Pada 23 Oktober 2020 perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di bawah Perkara 150 selepas dipersetujui Jemaah Menteri dalam satu mesyuarat khas.

Dua hari kemudian, selepas pertemuan Raja-raja Melayu, Agong mengisytiharkan bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Berikutan itu Syed Iskandar memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, seterusnya kerajaan pada 2021 memfailkan permohonan membatalkan saman itu.

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad antara lapan individu dan dua kumpulan hak asasi yang dibenarkan menjadi pencelah dalam kes itu kerana mempunyai kepentingan sahih.

Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin hadir bagi pihak kerajaan manakala Annemarie Parvina Vendargon mewakili Majlis Peguam yang bertindak sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.