`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 31, 2023

Kembalikan jawatan guru sandaran, NUTP beritahu KPM

 

NUTP meminta Kementerian Pendidikan mempertimbangkan lantikan guru sandaran buat sementara waktu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) digesa menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menangani isu kekurangan tenaga pengajar termasuk di Sabah dan Sarawak, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Menurut Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon saranan itu dibuat selepas kajian dilaksanakan NUTP mendapati faktor kekurangan guru disebabkan pertambahan sekolah baharu, pertambahan murid dan kelas, persaraan awal dan wajib serta faktor kesihatan guru.

“KPM telah lama tidak menawarkan jawatan guru sandaran. Sebelum ini guru sandaran ditawarkan bagi tempoh satu hingga dua tahun kepada calon yang sesuai selepas mereka tamat pengajian sama ada ijazah, diploma dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia).

“Tetapi, sekarang tawaran itu sudah tiada sedangkan keperluan masih ada. Menteri pendidikan boleh pertimbangkan untuk melantik guru sandaran buat sementara waktu,” katanya menurut Bernama.

Ads by Kiosked

“Kalau kata ada lambakan graduan pendidikan, walaupun tidak ikut opsyen sesuai, sekurang-kurangnya mereka boleh kendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran.”

Terdahulu beliau menghadiri program terbitan Bernama membincangkan Isu Kekurangan Guru: Di manakah Noktahnya?

Dalam pada itu, Fouzi berkata, kekurangan guru di Sabah dan Sarawak disebabkan dasar hanya 10% kuota guru dari Semenanjung yang boleh ditempatkan di negeri berkenaan.

Justeru, beliau berharap pihak kerajaan negeri tersebut bersedia membuka kuota yang lebih banyak untuk ditawarkan kepada graduan pendidikan bagi menampung keperluan semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.