`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 20, 2023

Umno Sabah terima laporan kekecohan ketika pemilihan, kata Bung

Bung Moktar Radin meminta ahli Umno mengembalikan semula perpaduan dalam parti dan saling memaafkan satu sama lain dalam usaha memperkasakan parti.

KOTA KINABALU: Umno Sabah sudah menerima laporan berhubung beberapa insiden kekecohan pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian di negeri itu Sabtu lepas.

Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin yang mengesahkan perkara itu berkata, insiden itu antara lain melibatkan pengurusan proses pengundian dan ahli tidak layak mengundi dalam pemilihan parti.

Tanpa merujuk mana-mana bahagian Umno, beliau meminta bahagian terlibat dengan sebarang insiden tidak diingini pada mesyuarat itu supaya membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno Pusat untuk tindakan lanjut.

“Pihak mereka (Jawatankuasa Pemilihan Umno Pusat) akan meneliti setiap aduan dikemukakan dan akan menyiasat, sekiranya berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan mesyuarat, tidak mustahil persidangan akan dibuat semula,” katanya menurut Bernama.

Antara kekecohan yang menarik perhatian ramai Sabtu lepas ialah mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu yang dicemari pergaduhan dipercayai akibat provokasi sehingga menyebabkan dua individu cedera.

Ketua Polis Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad dilaporkan berkata, dalam insiden 2.45 petang itu, seorang daripada mangsa cedera adalah kakitangan Umno Sabah, manakala seorang lagi ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Lahad Datu.

Dalam pada itu, Bung Moktar juga meminta ahli Umno memberi keutamaan mengembalikan semula perpaduan dalam parti dan saling memaafkan satu sama lain dalam usaha memperkasakan parti.

Beliau melihat pemilihan Umno yang berlangsung serentak di seluruh negara Sabtu lalu sebagai “kemeriahan demokrasi” apabila ramai menawarkan diri bertanding, walaupun parti itu dikatakan mengalami kemalapan.

“Kemeriahan itu membuktikan Umno masih relevan, walaupun tanggapan setengah pihak, khususnya Umno di Sabah akan terkubur, berikutan tindakan beberapa ahli parti meninggalkan Umno dan menyertai parti lain.”

Ads by Kiosked

Sementara itu, Bung Moktar menyifatkan pemilihannya selaku ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebagai kepercayaan dan amanah diberikan perwakilan, terutama di peringkat akar umbi yang perlu dipikul serta dilaksana sebaiknya bagi memastikan perjuangan Umno kekal demi rakyat.

“Jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan amanah bagi membantu dan memimpin parti bersama-sama presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan presiden (Mohamad Hasan) dan ahli MKT.”

Bung yang memperoleh 160 undi, kelima tertinggi dalam calon ahli MKT, antara yang terpilih ke jawatan itu berdasarkan keputusan rasmi dikongsikan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan di Twitternya semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.