`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 6, 2023

Tiada pembangkang ketika usul bahas laporan ketua audit, PAS nafi PN boikot

 

Kerusi Ahli Parlimen pembangkang yang kosong di Dewan Rakyat pada petang tadi. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Tiada pembangkang kelihatan di Dewan Rakyat ketika blok pemerintah membentangkan usul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021.

Timbalan Speaker Alice Lau menulis di Twitter bahawa wakil rakyat pembangkang tiada di Dewan Rakyat. Kerusi di blok mereka kelihatan kosong setakat 3 petang tadi.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) membantah Dewan Rakyat membahaskan LKAN 2021, atas alasan membahaskan laporan itu bertentangan dengan Perkara 107(1) Perlembagaan, yang menyatakan ia hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

Ads by Kiosked

Laporan itu dipercayai audit bagi tahun yang mana darurat diisytiharkan ketika wabak Covid-19 melanda. Ia diisytiharkan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said membentangkan usul membahaskan LKAN 2021 selepas Dewan Rakyat selesai berehat.

Ditanya mengenai ketiadaan wakil rakyat PN, Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin menjelaskan pembangkang tidak perlu menyertai perbahasan usul itu kerana mereka telah bersetuju dengan kandungannya.

Ahli Parlimen Jerantut itu berkata PN bersetuju dengan kenyataan Ketua Whip Takiyuddin Hassan supaya semua pihak menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor terkandung dalam laporan itu diambil tindakan.

“Ini bukan boikot tetapi isunya sekarang ini kita telah setuju,” katanya kepada FMT. “Banyak lagi rang undang-undang dan usul dibawa Ahli Parlimen, mengapa tidak dibahaskan?”

Beliau berkata sewajarnya dapatan LKAN 2021 dibawa ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dahulu, yang dianggotai wakil rakyat pembangkang dan pemerintah.

Ads by Kiosked

“PAC berhak memanggil siapa sahaja untuk mendapatkan jawapan jelas. Kemudiannya perkara itu barulah boleh dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.

“Itu baru betul caranya bila kita semua ada cukup maklumat,” katanya.

Khairil menambah semua wakil rakyat PN tidak akan berada di dalam Dewan Rakyat sehingga usul itu habis dibahaskan.

“Mengikut aturan mesyuarat, sampai petang usul ini akan dibahaskan. Jadi kami dah buat ketetapan (setuju dengan kandungan laporan). Mengapa perlu kami berada di dalam lagi?” jelasnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.