`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 29, 2023

PELARASAN TARIF LETRIK - SEDIKIT FLIP FLOP

 Ok so the gomen has undertaken a flip flop (gostan) on that electricity tariff hikes. Here is a graphic I received.


 

83,000 pengguna domestik akan kena kenaikan tarif sekurangnya RM187.00. Lets say average RM200.00 lah. Maksudnya syarikat letrik monopoli akan kutip tarif RM200 x 83,000 x 12 bulan = RM199 Juta setahun.

This is just from one category of user.

Operator air dan pembetungan pula dapat diskaun surcharge 16.3 sen per kw/hr (from 20 sen menurun ke 3.7 sen). Itu adalah diskaun sebanyak 81.5% !!

Apa special sangat dengan operator air dan pembetungan? Lazimnya mereka adalah pemegang konsesi. Maksudnya mereka adalah monopoli. 

Habis kenapa pula mereka diberi diskaun 81.5% surcaj tarif letrik padahal pengguna MV dan HV komersil lain (yang paling banyak sekali adalah bukan monopoli atau pemegang konsesi) hanya mendapat diskaun TIGA SEN SAHAJA daripada 20 sen kw/hr turun ke 17 sen per kw/hr.  

Syarikat monopoli dan pemegang konsesi air dan pembetungan akan untung lebih tetapi kilang, shopping complex, hotel, restoran yang bersaing di pasaran terbuka pula mendapat diskaun yang sikit - TIGA SEN sahaja.

What does this mean? Maksudnya syarikat swasta komersial MV dan HV tidak akan merasai penjimatan yang sebanyak 81.5% seperti syarikat monopoli air dan pembetungan.

Maksudnya ruang bagi mereka untuk kurangkan atau turunkan harga jualan barangan mereka adalah tipis. They cannot cut their prices as much. Maka inflasi harga barang dalam negara kita akan kekal. 

On the other hand syarikat operator air dan pembetungan yang rata-rata adalah monopoli di kawasan mereka dapat diskaun 81.5% surcaj tarif letrik. Kenapa pula double standard? Apakah syarikat operator air dan pembetungan akan kurangkan harga bekalan air dan kos perkhidmatan pembetungan mereka? Jangan mimpi ok. It will not happen.

Mereka akan mendapat untung yang lebih, berbanding kilang, shopping complex, hotel, dan restoran yang terpaksa bersaing di pasaran terbuka.

Untuk membantu orang terbanyak atau rakyat marhaen dan juga membantu memerangi inflasi harga barang why not bagi diskaun surcaj tarif sebanyak 16.3 sen itu (from 20 sen turun ke 3.7 sen)  kepada semua syarikat swasta yang terlibat dalam industri pengeluaran, pembuatan, pengangkutan bahan makanan? Food industries. Termasuk kilang yang membuat plastic container, tin aluminium dan packaging material lain yang digunakan oleh industri barang makanan.

Jika keseluruhan supply chain untuk pengeluaran barang makanan (food products) mendapat diskaun surcaj letrik yang serupa dengan syarikat operator air dan pembetungan (ia itu diskaun sebanyak 81.5%) maka harga barang makanan akan lebih terkawal. 

Food prices inflation akan lebih terkawal. Harga barang makanan yang makin meninggi sangat menghimpitkan purchasing power semua penduduk negara tak kira B40, M40, T20 atau siapa pun. 

Soalan cepu mas : Kenapa pula syarikat konsesi monopoli operator air dan pembetungan dapat diskaun 81.5% itu? Kenapa double standard? Ada "kira-kira" lain ke?

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.