`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 29, 2023

Masalah kesihatan punca 7 jemaah haji tak jalani wukuf

 

Na’im Mokhtar berkata, jemaah haji Malaysia kini berada di Mina, kira-kira 6km dari Makkah untuk melakukan ibadah melontar di tiga jamrah, iaitu fasa terakhir haji. (Gambar Bernama)

MAKKAH: Seramai tujuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia tidak dapat menyempurnakan ibadah wukuf Selasa lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar berkata, tiga jemaah haji berada di hospital Arab Saudi kerana koma dan empat di pusat rawatan Tabung Haji (TH) Makkah akibat masalah kesihatan mental.

Beliau berkata, dua jemaah haji koma akibat serangan strok dan seorang lagi disebabkan radang paru-paru. Mereka akan terus menerima rawatan di kemudahan kesihatan Saudi sehingga doktor membenarkan mereka pulang ke tanah air.

“Seramai 54 pesakit pula dibawa berwukuf dalam enam bas khas menerusi program Safari Wukuf,” katanya selepas melawat pusat rawatan TH Makkah di sini.

Beliau berkata, jemaah haji Malaysia kini berada di Mina, kira-kira 6km dari sini untuk melakukan ibadah melontar di tiga jamrah, iaitu fasa terakhir haji.

Dalam pada itu, Na’im sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia menyemak dengan terperinci individu atau syarikat yang melakukan badal haji bagi mengelakkan ditipu.

“Isu berkaitan badal haji, penipuan ini dah banyak kali dan kita pun dah banyak kali beri peringatan supaya berhati-hati,” katanya sambil menambah penipuan badal haji terus berlaku saban tahun mungkin kerana rakyat Malaysia berhati lembut dan senang mempercayai seseorang sehingga mudah terpedaya.

Katanya, rakyat boleh menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH untuk badal haji berbanding syarikat atau individu tanpa lesen yang menyebabkan mungkin berlaku penipuan.

Badal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain, sama ada meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji di tanah suci. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.