`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 29, 2023

Anwar solat Aidiladha bersama warga Putrajaya

 

Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menunaikan solat sunat Aidiladha di Majlis Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 8.19 pagi, disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff sebelum memasuki dewan utama masjid bagi menunaikan solat Aidiladha.

Ini solat sunat Aidiladha pertama bagi Anwar bersama warga Putrajaya sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada November lalu.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama kira-kira 20,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali.

Perdana Menteri turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk “Nilai pengorbanan” yang disampaikan Salahuddin.

Anwar juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah lain selepas khutbah Aidiladha. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.