`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 3, 2023

Budak 8 tahun hilang ketika mandi sungai

 

Bomba berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan penduduk kampung merangkumi jarak 30m dari lokasi mangsa dipercayai hilang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di sungai berhampiran Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, Perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada 5.06 petang tadi.

Katanya, mangsa berpakaian baju renang berwarna hitam bertompok hijau dipercayai hilang ketika mandi di lokasi berkenaan.

Ads by Kiosked

“Setibanya jentera di lokasi, kita terima makluman daripada saksi, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mandi-manda hilang dan dipercayai lemas.

“Ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan penduduk kampung merangkumi jarak 30m dari lokasi mangsa dipercayai hilang,” katanya menurut Bernama.

Katanya, setakat ini 10 anggota terlibat dalam operasi itu dengan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba Teluk Intan juga digerakkan ke lokasi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.