`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 2, 2023

Doktor swasta di 10 daerah dipelawa sertai Skim Perubatan Madani

 

Dr Zaliha Mustafa berkata, doktor swasta boleh menyertai Skim Perubatan Madani mulai hari ini, dengan sesi taklimat dan latihan dalam talian akan diberikan kepada mereka.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan doktor swasta (GP) di 10 daerah menyertai program rintis Skim Perubatan Madani.

Sepuluh daerah itu ialah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

GP boleh mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani mulai hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata ProtectHealth akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan dalam talian kepada GP berdaftar untuk penerangan lanjut berhubung Skim Perubatan Madani.

Katanya, Skim Perubatan Madani yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 merupakan inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

“Skim Perubatan Madani merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Ia bertujuan membantu B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di GP berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Penerima STR boleh mendapatkan rawatan menerusi Skim Perubatan Madani mulai 15 Jun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.