`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 2, 2023

Hapus kuota 30% rumah mampu milik, Rehda beritahu kerajaan

 

Rehda berkata rumah yang dijual dalam pasaran terbuka menjadi terlalu mahal hingga tidak menarik minat pembeli sekali gus meningkatkan risiko pembangunan tersebut akan lewat disiapkan, ‘sakit’ atau terbengkalai.

PETALING JAYA: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menggesa kerajaan untuk menghapuskan dasar yang menghendaki pemaju memastikan sehingga 30% daripada rumah dalam projek kediaman mega adalah mampu milik.

Rehda berkata kerajaan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadikan rumah lebih mampu milik untuk semua orang, seperti yang dilaksanakan lebih 50 tahun lalu.

“Ini akan menghapuskan amalan semasa subsidi silang yang meningkatkan kos rumah harga biasa, menjadikannya lebih mahal bagi golongan M40 untuk memiliki rumah,” kata Presiden Rehda, NK Tong dalam satu kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk menyemak syarat-syarat pemaju perumahan, dengan berkata pembinaan 30% perumahan mampu milik tidak dipenuhi.

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata bahawa pemaju perumahan mesti mematuhi syarat ini supaya golongan pendapatan sederhana dapat memiliki rumah sendiri.

Kerajaan mengenakan syarat kepada pemaju memastikan sekurang-kurangnya 30% daripada rumah dalam projek perumahan mega adalah mampu milik sejak 1981 lagi.

Tong berkata keperluan subsidi silang ini menyebabkan pemaju menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mereka untuk memenuhi keperluan perumahan mampu milik ketika membina pembangunan perumahan untuk pasaran terbuka.

Akibatnya, katanya, harga rumah dalam pasaran terbuka telah meningkat untuk membiayai pembinaan perumahan mampu milik, yang sering dijual di bawah kos.

Ini menyebabkan rumah yang dijual dalam pasaran terbuka menjadi terlalu mahal hingga tidak menarik minat pembeli sekali gus meningkatkan risiko pembangunan tersebut akan lewat disiapkan, ‘sakit’ atau terbengkalai.

“Ini terutamanya berlaku pada projek yang dibina pemaju kecil dan sederhana yang tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menangani cabaran kewangan,” katanya.

Tong menyatakan bahawa satu kesan lain daripada subsidi silang adalah peningkatan hartanah yang telah siap tetapi belum terjual.

Beliau berkata persatuan menghargai inisiatif kerajaan untuk mengurangkan pelbagai masalah industri pembinaan seperti memperkenalkan skim simen Rahmah, tetapi lebih banyak perlu dilakukan untuk memastikan pemulihan dan kelestarian industri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.