`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, June 2, 2023

Projek gerudi bawah tanah selesai masalah air di UMS

 

Naib Canselor UMS, Kasim Mansor, berkata projek dilaksanakan menggunakan peruntukan RM3 juta diumumkan perdana menteri. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan melaksanakan projek penggerudian air bawah tanah dan pusat rawatan sebagai langkah mengatasi masalah bekalan air di kampus universiti itu di Kota Kinabalu.

Naib Canselor UMS, Kasim Mansor, berkata projek itu akan dilaksanakan menggunakan peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

“Masalah air di UMS berlaku sejak beberapa bulan ini membelenggu kesejahteraan hidup warga kampus terutama pelajar.

Ads by Kiosked

“Justeru, melalui pelaksanaan projek ini, kita yakin masalah bekalan air akan diatasi,” katanya dalam kenyataan.

Kasim berkata, warga kampus menghargai peruntukan disalurkan untuk tujuan itu berikutan masalah air yang meruncing di universiti ini.

“Rancangan kerajaan perlu melibatkan semua lapisan masyarakat dari setiap wilayah dan suku kaum agar mereka berasa menjadi sebahagian daripada penduduk tanpa rasa terpinggir.

“Pemimpin perlu menyantuni dan memberi keadilan supaya pembangunan serta pembelaan itu lebih adil dan dirasai semua pihak,” katanya.

“Perdana menteri peka mengenai masalah air, elektrik dan keadaan jalan raya daif dihadapi rakyat Sabah.”

Pada Rabu, perdana menteri mengumumkan perkara itu dalam program Temu Anwar di UMS dan berkata, meskipun negara berdepan dengan hutang sebanyak RM1.5 trillion, beliau tidak mahu mahasiswa menghadapi kesukaran menjalani kehidupan ketika menimba ilmu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.