`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 3, 2023

TUDUH MENUDUH, BENCI MEMBENCI, FITNAH MEMFITNAH, MARAH MEMARAH. TAK ADA KERJA LAIN KE?

 


  • seorang cabar seorang lagi kemuka bukti sesat, menghina
  • sekiranya boleh bukti, seorang itu akan lepaskan jawatan 24 jam
  • Kalau boleh bukti hina dalam 24 jam saya letak jawatan
  • seorang itu kata seorang lagi pun sesat
  • seorang itu kata jangan ikut golongan ini
  • seorang lagi jawab seorang tadi cakap jahat, fitnah
  • seorang lagi bimbang kenyataan itu dibawa pengikut
  • Dia buat ulasan fitnah
  • Ringan fitnah di mulut dia
  • Tuduh orang sesat

My Comments:

Tuan-Tuan, saya nak tanya sikit. 
Mereka ini tidak ada kerja lain yang lebih berguna ke?
Saya lihat kain baju dia pakai dibuat orang kafir. 
Mikrofon dia bercakap buatan orang kafir.
Cermin mata dia buatan orang kafir.
Video dia disiarkan dalam saluran orang kafir.
Motor dan kereta mewah dia buatan orang kafir.
Jam tangan depa berkilat-kilat buatan kafir.
Sponsor pula guna duit cukai orang kafir juga.
Segala keperluan hidup dia dibuat orang kafir.
Mereka bukan manusia yang berdikari pun.
Mereka tidak menghasilkan produk apa pun yang berguna bagi masyarakat.
Mereka tidak memberi nasihat dan bimbingan bagaimana masyarakat boleh maju.
(Ok kecuali budak muda itu yang polongkan bomoh dan tukang telek. Itu saya setuju.)
Mereka benci membenci, tuduh menuduh untuk meraih simpati dan cari pengikut
Lagi ramai pengikut maka lagi banyaklah 'sumbangan ikhlas'
Tidak lain keluar dari mulut mereka kecuali benci membenci.

Tak ada cara lain ke yang lebih baik untuk seru kepada kebaikan? Especially sebab kau orang ini semua claim menjadi orang yang berada atas jalan yang lurus. 

Surah 16:125 Serulah ke jalan Rabbika dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Rabbika Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

What happened to cara ilmiah (academic method)?

Kalau-lah "scholar" betul kenapa pula marah-marah?

Saya setuju yang lepasan SPM itu bukan scholar apa pun. Tetapi kau orang pula sudah lulus A, B, C, D, E, F dan G sekali. Kononnya "scholar". Tapi cakap tak ikut style 'scholar" pun. Lebih kepada style samseng dan gangster. Bahasa keras, muka marah, nada ganas.

Something is wrong lah. 

The views expressed are those of the writer and do not reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.