`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 26, 2023

Tiada masalah sokong PM jika lulus peruntukan pembangkang, kata Ahli Parlimen Langkawi

 

Menurut Mohd Suhaimi Abdullah, tiada masalah untuk menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim jika mendapat peruntukan dan pelaksanaan projek tertentu diminta.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang berkata tiada masalah menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim jika peruntukan kepada pembangkang diluluskan.

Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) berkata demikian selepas namanya dikatakan tular antara Ahli Parlimen pembangkang yang ingin menyokong kepimpinan Anwar dalam kerajaan perpaduan.

“Saya boleh sokong, kalau saya diberi kebenaran atau lesen untuk membina kereta api daripada Kuah ke Alor Setar dan lulus Kulim Airport yang diminta oleh perdana menteri dan meluluskan peruntukan ini (peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang).. yang kita tunggu ini, peruntukan kepada kita semua.

“Apa masalah nak sokong perdana menteri,” katanya semasa sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Suhaimi berkata selain namanya yang dikaitkan menyokong Anwar, Hamzah Zainudin (PN-Larut), Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) dan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) turut dikaitkan akan menyokong perdana menteri.

“Baru-baru ini nama saya keluar dalam video, yang menyatakan saya salah seorang daripada mereka yang akan sokong perdana menteri.

“Pertama dengan Larut, Gerik dan Lumut. Lumut telefon saya petang itu tanya betul ke…Bunyi macam panik. Saya kata biarlah,” katanya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Iskandar menerusi kenyataan menjelaskan beliau menyokong kepimpinan Anwar kerana tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terbiar dan ketinggalan semata-mata perbalahan naratif politik, walaupun dia tetap bersama Bersatu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.