`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 26, 2023

Jawapan ‘tak pakai apa pun tak apa’ kepada Teresa cetus gamat

 

Teresa Kok membidas Mohd Suhaimi Abdullah dan mendakwa Ahli Parlimen Langkawi itu berfikiran lucah.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat gamat seketika apabila Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Teresa Kok (PH-Seputeh).

Kenyataan itu susulan Teresa bertanya kepada Suhaimi sama ada boleh berseluar pendek di pantai di Langkawi.

“Saya nak jemput khusus kepada Seputeh datang tak mau pakai apa pun tak apa. Yang tanya pakai seluar pendek itu kenapa.

“Saya terlupa nak sebut, saya nak bayangkan bagaimana Seputeh datang tak pakai apa-apa,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Teresa kemudian membidas Suhaimi dan mendakwa Ahli Parlimen Langkawi itu berfikiran lucah.

“Lucah….fikiran kurang bersih,” katanya.

Dalam pada itu, Chong Zhemin (PH-Kampar) meminta Suhaimi menarik balik kenyataan itu kerana beranggapan ia melanggar undang-undang.

“Tak pakai apa-apa itu langgar undang-undanglah. Tolong tarik balik. Mana boleh tak pakai apa-apa. (Itu) bogel,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau menenangkan keadaan dan meminta Suhaimi duduk dan berhenti berbahas.

“Jangan buang masa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.