`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 26, 2023

Poster salah petik kenyataan berkait konsert Coldplay, Fahmi minta peguam teliti

 

Menteri Fahmi Fadzil akan meminta peguam meneliti semua pihak yang mengeluarkan suatu grafik fitnah.

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan suatu poster yang memetik kenyataannya secara salah berkait konsert Coldplay.

Fahmi menambah kandungan poster itu juga tersasar daripada konteks kenyataan yang beliau beri kepada Berita Harian.

“Jawaban penuh saya boleh diperoleh dari laman web Berita Harian. Jadi saya akan minta peguam untuk meneliti semua pihak yang mengeluarkan grafik fitnah ini,” katanya kepada pemberita selepas Kongres PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” tambahnya.

Terdahulu, Berita Harian menulis konsert Coldplay yang berlangsung dengan aman membuktikan kerjasama bersepadu pelbagai pihak mampu menghasilkan sesuatu yang positif.

Fahmi dilaporkan berkata kerjasama erat antara artis, penganjur, dan pihak berkuasa merupakan “cara terbaik”, dan berharap hubungan baik itu dapat diteruskan pada masa depan.

Sementara itu, mengulas tentang Kongres PKR hari ini, Fahmi yang juga ketua penerangan parti berkata PKR akan meneliti kegusaran yang dibangkitkan oleh komuniti India, terutama nasib ahli dalam parti.

“Saya percaya pimpinan akan meneliti beberapa perkara untuk pastikan isu ini dapat kita selesaikan dengan baik,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.